Dalam mitologi Mesir, Kebekhet (dieja dalam hieroglif menjadi Qeb-Hwt, dan juga ditransliterasi kepada Khebhut, Kebehut, Qébéhout, Kabehkhet dan Kebehwet) ialah dewi cecair pengawet mumia. Nama dia bermaksud air penyejuk.[2]

Fakta Segera Nama dalam hieroglif, Symbol ...
Kebekhet
Nama dalam hieroglif
W16X1I12 H6
R12
SymbolUlar
Ibu BapaAnubis,[1] Anput
Tutup
Anubis, bapa kepada Kebekhet

Mitos

Kebekhet ialah anak perempuan Anubis dan isterinya Anput.[3] Dalam Teks Piramid, Kebekhet dipanggil ular yang "menyegarkan dan menyucikan" firaun.[4]

Kebekhet dipercayai akan memberi air kepada roh si mati sementara mereka menunggu proses pemumiaan selesai. Dia mungkin berkaitan dengan pemumiaan kerana dia akan menjaga mayat daripada kerosakan, jadi ia akan kekal segar untuk dihidupkan semula oleh ka si mati.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.