![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/17/UNTalbinosquirrel.jpg/640px-UNTalbinosquirrel.jpg&w=640&q=50)
Kebalaran
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebalaran (kata dasar balar بالر turunan kata akar Proto-Austronesia *balaR₁ "pucat"[1]), kebulaian, atau albinisme (daripada albus, "putih" bahasa Latin; juga dipanggil akromia, akromasia, akromatosis, atau ketidakberwarnaan) ialah satu gangguan kongenital bercirikan ketidakhadiran lengkap atau separa pigmen pada kulit, rambut dan mata kerana ketidakhadiran atau kecacatan tirosinase, satu enzim yang mengandungi tembaga terlibat dalam pengeluaran melanin. Kebalaran disebabkan oleh pewarisan alel gen resesif dan diketahui menjejaskan kesemua vertebrat, termasuk manusia.
![]() |
"Albino" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, lihat Albino (nyahkekaburan).
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/17/UNTalbinosquirrel.jpg/320px-UNTalbinosquirrel.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9a/Albinisitic_man_portrait.jpg/320px-Albinisitic_man_portrait.jpg)