![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/ce/California_fires_ESA385120.jpg/640px-California_fires_ESA385120.jpg&w=640&q=50)
Kebakaran hutan Utara California (Oktober 2017)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada awal Oktober 2017, satu siri kebakaran liar telah mula berlaku di California, Amerika Syarikat. Ia telah berlaku di daerah Napa, Lake, Sonoma, Mendocino, Butte, dan Solano. Tujuh belas kebakaran liar yang lain turut dilaporkan buat masa ini.[3] Kebakaran ini termasuklah kebakaran Tubbs (paling teruk), kebakaran Atlas, kebakaran Nuns dan lain-lain.
Kebakaran hutan Utara California (Oktober 2017) | |
---|---|
![]() Copernicus Sentinel-3A satellite picture, October 9 | |
Lokasi |
|
Perangkaan[1] | |
Jumlah keluasan | 210,244 ekar (85,083 he) |
Kos | > $3 billion[2] |
Tarikh | 8 Oktober 2017 (2017-10-08) - kini |
Bangunan musnah | 5,700 |
Kematian | 42 |
Tercedera | 185 |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/93/2017_Northern_California_wildfires_last_7_days.png/640px-2017_Northern_California_wildfires_last_7_days.png)
Tidak lama selepas kebakaran pertama pada 8 dan 9 Oktober, api mula marak dengan cepat dari keluasan 1,000 ekar (400 hektar) ke hampir 20,000 ekar (8,100 he) setiap hari. Pada 14 Oktober, kebakaran telah membakar lebih daripada 210,000 ekar (85,000 he), dan memusnahkan kira-kira 5,700 struktur[4][1] dan memaksa 90,000 orang berpindah dari kediaman mereka.[5] Kebakaran ini telah membunuh sekurang-kurangnya 42 orang[1] dan kira-kira 185 yang lain dimasukkan ke hopsital,[6] menjadikan minggu pada 8 Oktober 2017, sebagai minggu kebakaran hutan yang paling dahsyat di sejarah California.[7][8][1][9][2] Secara keseluruhannya, peristiwa ini merupakan kehilangan nyawa terbesar akibat kebakaran hutan di Amerika Syarikat sejak Kebakaran Cloquet pada tahun 1918.[10]