Kazuyoshi Miura
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kazuyoshi Miura (三浦 知良code: ja is deprecated , Miura Kazuyoshi, lahir 26 Februari 1967), sebutan karibnya ialah Kazu (nama cembung "King Kazu"[2]), ialah pemain bola sepak Jepun yang bermain sebagai penyerang tengah untuk kelab Liga Portugal 2 Oliveirense, pinjaman daripada kelab Liga J1 Yokohama FC.[3][4][5] Beliau rasmi diiktiraf sebagai pemain bola sepak paling tua sepanjang sejarah dan pemain tertua yang mampu menjaringkan gol di padang perlawanan profesional.[6]
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tarikh lahir | (1967-02-26) 26 Februari 1967 (umur 57)[1] | |||||||||||||||
Tempat lahir | Shizuoka, Jepun | |||||||||||||||
Ketinggian | 177 cm (5 ka 10 in) | |||||||||||||||
Posisi permainan | Penyerang tengah | |||||||||||||||
Maklumat kelab | ||||||||||||||||
Kelab terkini |
U.D. Oliveirense (pinjaman daripada Yokohama FC) | |||||||||||||||
Nombor | 11 | |||||||||||||||
Kerjaya remaja | ||||||||||||||||
1982 | Sekolah Menengah Atas Shizuoka Gakuen | |||||||||||||||
1982–1986 | Juventus-SP | |||||||||||||||
Kerjaya Senior* | ||||||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | |||||||||||||
1986 | Santos | 2 | (0) | |||||||||||||
1986 | Palmeiras | 25 | (2) | |||||||||||||
1986 | Sociedade Esportiva Matsubara | 5 | (1) | |||||||||||||
1987 | CRB | 4 | (0) | |||||||||||||
1987–1988 | XV de Jaú | 25 | (2) | |||||||||||||
1988–1989 | Coritiba | 21 | (2) | |||||||||||||
1989–1990 | Santos | 11 | (3) | |||||||||||||
1990–1998 | Verdy Kawasaki[lower-alpha 1] | 192 | (117) | |||||||||||||
1994–1995 | → Genoa (pinjaman) | 21 | (1) | |||||||||||||
1999 | Dinamo Zagreb | 12 | (0) | |||||||||||||
1999–2000 | Kyoto Purple Sanga | 41 | (21) | |||||||||||||
2001–2005 | Vissel Kobe | 103 | (24) | |||||||||||||
2005– | Yokohama FC | 278 | (27) | |||||||||||||
2005 | → Sydney FC (pinjaman) | 4 | (2) | |||||||||||||
2022 | → Suzuka Point Getters (pinjaman) | 18 | (2) | |||||||||||||
2023– | → Oliveirense (pinjaman) | 6 | (0) | |||||||||||||
Pasukan kebangsaan | ||||||||||||||||
1990–2000 | Jepun | 89 | (55) | |||||||||||||
2012 | Jepun (futsal) | 6 | (1) | |||||||||||||
Pengalaman
| ||||||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 03:43, 19 February 2024 (UTC) |
Beliau bermain untuk Pasukan Kebangsaan Jepun dari tahun 1990 sehingga 2000, dan pemain Jepun pertama yang dikeruniakan Anugerah Pemain Asia Tahunan IFFHS.[7][8][9] Miura boleh dikatakan sebagai pemain bintang Jepun pertama dan kemuncak kerjayanya sederum dengan penubuhan Liga J. pada tahun 1993. Dia mempopularkan beberapa gerakan dan istilah seperti "Tipuan Kazu" dan "Kazu Berdendang", ketika menjaringkan gol.
Setakat 2024, beliau masih bermain dalam kelab bola sepak profesional pada usianya yang ke-57 tahun dan tetap mara memperpanjang rekod sebagai pemain bola sepak tertua.[10][11][12] Sepanjang kerjayanya dalam 5 dekad yang berbeza (1980an–2020an), beliau telah melihat bentuk-bentuk perlawanan yang berbeza dan khas pada setiap masa kerjayanya yang panjang.[13] Abangnya Yasutoshi Miura ialah bekas pemain bola sepak.[14]