Kayan (Burma)
kaum sub-etnik Karen yang berasal daripada Myanmar / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kayan merupakan suku kaum orang Karenni, minoriti etnik Tibet-Burma di Myanmar (Burma). Salah satu sebutan nama Kayan terdapat dalam Khin Maung Nyunt The Ka-yans (Karen Putih) dari Daerah Pinlong (1967), tetapi dia merujuk bukan kepada Padaung, tetapi Karen Putih. Dalam The Hardy Padaungs (1967) penulis yang sama menyatakan bahawa suku kaum Padaung lebih gemar dikenali sebagai Kayan[1].
Penduduk Kayan di Wilayah Mae Hong Son di Utara Thailand memanggil diri mereka sebagai Kayan dan rasa tersinggung dengan penggunaan istilah “Padaung” atau “puak bukit Karen leher jinjang”. Padaung (Yan Pa Doung) adalah istilah Shan bagi Kayan Lahwi (kumpulan di mana kaum wanita mengenakan lengkaran pada bahagian leher).
Suku Kayan terdiri daripada kumpulan seperti berikut: Kayan Lahwi, Kayan Ka Khaung (Gekho), Kayan Lahta, Kayan Ka Ngan. Kayan Gebar, Kayan Kakhi dan Kayaw juga kadang kala dikelompokkan bersama suku Kayan.
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an[2], disebabkan pertikaian dengan regim tentera di Burma, banyak puak Kayan melarikan diri ke Thailand yang berjiranan. Di situ mereka tinggal dalam status tidak menentu di kawasan sempadan, dalam kampung yang didirikan bagi mempamerkan mereka kepada pelancong yang sanggup membayar bagi melihat penyesuaian diri khas mereka, yang terdiri daripada melilit lilitan tembaga sekeliling leher wanita.
Menurut U Aung Roe (1993:21ss) bilangan Kayan sekitar 40,000 di Negeri Shan (sekitar kawasan Pekon) dan 20,000 di Negeri Kayah (sekitar Demawso dan Loikow). Anggaran 2004 meletakkan penduduk sekitar 130,000[3]. Di Mae Hong Son terdapat sekitar 600 Kayan menduduki tiga kampung terbuka kepada pelancong, atau di kem perlindungan Ban Mai Nai Soi.