![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f5/Elephant_safari.jpg/640px-Elephant_safari.jpg&w=640&q=50)
Kawasan perlindungan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kawasan perlindungan atau kawasan yang dilindungi merupakan kawasan atau wilayah yang dilindungi kerana nilai-nilai persekitaran alaminya, persekitaran sosial budayanya, atau hal-hal lain yang seumpamanya. Pelbagai jenis kawasan yang dilindungi terdapat di pelbagai negara, sangat berubah baik dalam aras atau peringkat perlindungan yang disediakannya mahupun dalam undang-undang atau aturan (antarabangsa, kebangsaan, atau daerah) yang dirujuknya dan yang menjadi landasan operasionalnya. Antara contohnya ialah taman kebangsaan, cagar alam, cagar alam laut, cagar budaya, dan lain-lain.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f5/Elephant_safari.jpg/640px-Elephant_safari.jpg)
Terdapat lebih dari 108,000 kawasan yang dilindungi di seluruh dunia, dan jumlah ini terus bertambah, merangkumi wilayah seluas 19,300,000 km2 (7,500,000 bt2), atau lebih dari 13% keluasan daratan dunia; melebihi luas Benua Afrika.[1] Pada pihak lain, hingga dengan 2008 baru sebanyak 0.8% luas lautan yang termuat dalam sekitar 5,000 kawasan perlindungan laut[2][3].
Salah satu –namun bukan satu-satunya– takrifan mengenai kawasan yang dilindungi dikeluarkan oleh Kesatuan Pemuliharaan Sedunia, IUCN.