From Wikipedia, the free encyclopedia
Kau Aku Kita ialah sebuah drama televisyen komedi romantik Malaysia 2015 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Khamis di TV3 menerusi Slot Lestary mulai 28 Oktober 2015[1]. Drama arahan Jinggo ini merupakan drama adaptasi dari novel dengan judul sama terbitan Fajar Pakeer yang ditulis oleh Orkid Edyliyne. Ia dibintangi oleh Janna Nick dan Syarul Ridzwan.
Kau Aku Kita | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Kau, Aku, Kita |
Genre | Komedi romantik |
Format | Drama |
Pencipta | Orkid Edyliyne |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | Azman Yahya |
Dibintangi oleh | Janna Nick Saharul Ridzwan |
Lagu pembukaan | "Kau Bagai Udara", nyanyian Bahrain |
Lagu penutup | "Kau Bagai Udara", nyanyian Bahrain |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | Sheila Rusly |
Tempoh siaran | 41 minit |
Syarikat penerbitan | JS Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 28 Oktober 2015 – 10 Disember 2015 |
Kronologi | |
Mengikuti | Lari Mira |
Diikuti oleh | Cik Cinderella dan Encik Tengku |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Mengisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus. Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.
Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.
Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.
Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.
Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Kau Bagai Udara" | Bahrain | 3:49 | |||||||
2. | "Sayang Aku Rindu" | Bahrain | 3:28 | |||||||
Jumlah masa: 6:77 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016[2][3][4] | Aktres Pilihan (Janna Nick) | Menang |
Aktor Pilihan (Saharul Ridzwan) | Menang | ||
Pasangan Pilihan (Janna Nick dan Saharul Ridzwan) | Menang | ||
Skrip Pilihan (Kau Aku Kita) | Menang | ||
Pengarah Pilihan (Azman Yahya) | Menang | ||
Drama Pilihan (Kau Aku Kita) | Menang | ||
Ini merupakan drama kedua lakonan Janna Nick yang diterbitkan oleh Sheila Rusly menerusi syarikat JS Pictures selepas Syurga Nur.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.