Karbonat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam kimia, karbonat ialah garam asid karbonik yang dicirikan dengan kewujudan ion karbonat, CO2−
3. Namanya juga boleh membawa maksud ester kepada asid karbonik, iaitu sebatian organik yang mengandungi kumpulan karbonat C(=O)(O-)2.
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC sistematik
Karbonat | |
Pengecam | |
Sifat | |
CO2− 3 | |
Jisim molar | 60.01 g mol-1 |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
Rujukan kotak info | |
Istilah ini juga digunakan sebagai kata kerja untuk menerangkan pengkarbonatan: proses meningkatkan kepekatan ion karbonat dan bikarbonat dalam air untuk menghasilkan air berkarbonat dan minuman berkarbonat yang lain, sama ada dengan cara penambahan gas karbon dioksida bertekanan, atau dengan melarut garam karbonat atau bikarbonat dalam air.
Dalam geologi dan mineralogi, istilah "karbonat" boleh merujuk kepada mineral karbonat dan batu karbonat (yang terbentuk terutamanya daripada mineral karbonat), dan kedua-duanya mengandungi banyak ion karbonat, CO2−
3. Terdapat berbagai-bagai jenis mineral karbonat dan ia melata dalam batuan endapan yang dimendak secara kimia. Mineral karbonat yang paling biasa ialah kalsit atau kalsium karbonat, CaCO3, komponen utama batu kapur, cangkerang moluska dan batu karang; dolomit, sejenis karbonat kalsium-magnesium, CaMg(CO3)2; dan siderit, atau ferum(II) karbonat, FeCO3, bijih besi yang penting. Natrium karbonat (soda) dan kalium karbonat (potasy) telah digunakan sejak dahulu lagi untuk kerja-kerja pembersihan dan pemeliharaan, serta dalam penghasilan kaca. Karbonat banyak digunakan dalam industri, misalnya untuk melebur besi, sebagai bahan mentah untuk pengeluaran simen Portland dan kapur, dalam komposisi saduran seramik, dan sebagainya.