![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/70/Karatsu_Montage.jpg/640px-Karatsu_Montage.jpg&w=640&q=50)
Karatsu, Saga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kota Karatsu (唐津市code: ja is deprecated , Karatsu-shi) adalah salah satu kota yang terletak di Wilayah Saga, Kyushu, Jepun. Namanya terbentuk daripada perkataan Jepun, iaitu 唐 kara (China, atau benua Asia Timur secara umum) dan 津 tsu (pelabuhan). menandakan kepentingan sejarahnya sebagai pelabuhan perdagangan purba antara Jepun dengan China dan Korea.[2] Wilayah pusat Karatsu, yang tidak termasuk bekas bandar-bandar dan kampung-kampung di Daerah Higashimatsuura, mempunyai populasi seramai 78,386 orang.
Karatsu
唐津市 | |
---|---|
![]() Baris pertama: Pemandangan Sungai Matsuura dan pusat kota Karatsu Baris kedua kiri: Terminal Bus Oteguchi Baris kedua kanan: Benteng Karatsu Baris ketiga: Kawasan hutan pinus Nijinomatsubara Baris keempat: Karatsu Kunchi di bulan November. | |
![]() Kedudukan Karatsu di wilayah Saga | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Kyushu |
Wilayah | Wilayah Saga |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Toshiyuki Sakai |
Keluasan | |
• Jumlah | 487.58 km2 (188.26 batu persegi) |
Penduduk (1 Disember 2018)[1] | |
• Jumlah | 122,637 |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
Laman sesawang | www |
Pada 1 Oktober 2016, kota ini memiliki populasi sekitar 121,259 orang dan kepadatan penduduk 250 orang per km².[3] Jumlah luas adalah 487.58 km².[4]
Pada 1 Januari 2005, kota Chinzei, kota Hamatama, kota Hizen, kota Kyūragi, kota Ōchi, kota Yobuko, dan desa Kitahata (semuanya dari Daerah Higashimatsuura) digabung dengan Karatsu. Pada tanggal 1 Januari 2006, desa Nanayama (dari Daerah Higashimatsuura) juga digabung dengan Karatsu.