From Wikipedia, the free encyclopedia
Karaage (唐揚げ atau から揚げ , [kaɾaaɡe]) bermaksud "goreng Tang (Cina)" adalah teknik memasak Jepun di mana pelbagai makanan— yang paling sering ayam, tetapi juga daging dan ikan lain—digoreng jeluk dalam minyak. Proses ini melibatkan salutan nipis daging atau ikan kecil dengan tepung gandum berperisa atau campuran kanji kentang, dan menggoreng dalam minyak. Kadang-kadang, makanan diperap sebelum salutan dengan campuran perasa. Proses ini sama dalam teknik penyediaan tempura.[1] Karaage sering dihidangkan secara bersendirian atau dengan nasi dan kubis yang dihiris nipis. Baru-baru ini, cara yang popular untuk makan Karaage adalah seperti hidangan Vietnam, Bánh Xèo, dan ia dalam dibalut dengan daun perilla hijau dan daun salad.
Karaage sering dikatakan telah dipopularkan pada tahun 1920 oleh restoran Toyoken di Beppu, Jepun. Kaedah ini dipopularkan kerana kekurangan makanan di Jepun selepas Perang Dunia 2, khusus ayam. Ayam sudahpun menjadi hidangan yang popular, tetapi menggunakan kaedah Karaage memudahkan masak, dan memberikan cara yang berbeza untuk makan ayam daripada cara biasa.
Asal gaya memasak begini juga boleh didapati dalam masakan Cina, ia sangat mirip dengan bagaimana mereka menggoreng tauhu untuk hidangan vegetarian. Kaedah menggoreng, bagaimanapun, telah berlaku sejak wujudnya tempura di zaman Edo Jepun. Mereka menggunakan kicap dan wain beras, proses yang sama dengan gaya masakan Jepun Karaage. [2]
Sejak tahun 1920-an, hidangan ini telah tersebar luas di seluruh Jepun. Karaage kebanyakannya merujuk kepada ayam goreng, kerana ayam goreng telah menjadi versi yang paling meluas dalam gaya memasak itu. Karaage—versi ayam—biasanya terdapat di kedai serbaneka seperti Lawson, Family Mart, dan 7/11 sebagai makanan segera. Ia juga mudah didapati di tempat makanan di seluruh Jepun. [3]
Karaage juga banyak terdapat di festival-festival dan gerai-gerai makanan di seluruh Jepun. Satu perayaan sedemikian adalah Festival Karaage tahunan Oita, di mana lebih daripada 60 buah kedai yang berlainan menyertai untuk menyediakan versi unik makanan istimewa Jepun itu. [4]
Memandangkan Karaage telah tersebar luas di seluruh Jepun, terdapat banyak wilayah mengambil hidangan. Berikut adalah yang paling penting [5] :
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.