Kapur merah
spesies tumbuhan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi kapur keladan spesies Dryobalanops oblongifolia, lihat kapur kuras.
Kapur merah atau kapur keladan;[3][4] dengan nama saintifik Dryobalanops beccarii ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Dipterocarpaceae. Spesies ini dinamakan sempena Odoardo Beccari, 1843–1920, seorang penjelajah dan pakar tumbuhan Itali. Ia ditemukan di Semenanjung Malaysia dan Borneo. Ia pokok timbul besar yang melebihi 65 m tinggi, dijumpai di hutan dipterokarpa campuran di tanah cetek larut resap dengan batu pasir dan serpih.[2] Ia kayu keras berat yang dijual atas nama dagang "kapur". Ia dicatatkan dari sekurang-kurangnya dari empat kawasan terlindung (Taman Negara Bako, Gunung Mulu, banjaran Crocker dan Ulu Temburong).
Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Kapur merah | |
---|---|
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Angiosperma |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae |
Genus: | Dryobalanops |
Spesies: | D. beccarii |
Nama binomial | |
Dryobalanops beccarii Dyer[2] | |
Sinonim | |
Tutup
Ia turut dipanggil kapur bukit, kapur peringgi dan keladan di Sarawak.[3]