![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0b/DoD-Leningrad-DN-ST-90-07636_50pct.jpg/640px-DoD-Leningrad-DN-ST-90-07636_50pct.jpg&w=640&q=50)
Kapal pengangkut helikopter kelas Moskva
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelas Moskva, designasi Soviet Project 1123 Kondor (condor) dan S-703 Project 1123M Kiev, merupakan kelas kapal pengangkut pesawat (kapal pengangkut helikopter mengikut penggelasan Soviet) yang dibina oleh Soviet Union untuk Tentera Laut Soviet.[3]
![]() Leningrad belayar pada tahun 1990. | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Moskva |
Pengguna: | |
Diganti oleh: | Merkuryy Delfin kelas Khalzan Project 11780 kelas Kiev |
Dibina: | 1962–1969 |
Dalam perkhidmatan: | 1967–1996 |
Dirancang: | 3-12[1] |
Disiapkan: | 2 |
Dibatalkan: | 1 |
Dibersarakan: | 2 |
Ciri-ciri umum [2] | |
Jenis: | Kapal pengangkut helikopter |
Sesaran: |
|
Panjang: | 189 m (620 ka) |
Lunas: | 34 m (112 ka) |
Draught: | 7.7 m (25 ka) |
Jana kuasa: | 2 × turbin stim 45000 hp TV-12, 2 × bebaling pitch tetap, 2 × penjana jenis turbin 1500 kW TD-1500, 2 × penjana diesel 1500 kW |
Halaju: | 28.5 knot (53 km/j) |
Jarak: | 9,000 batu nautika (16,668 km) at 15 knot (28 km/j) |
Ketahanan: | 15 hari |
Anak kapal: | 850 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 18 × helikopter Kamov Ka-25 'Hormone' atau Mi-8 |
Kemudahan penerbangan: | Dek berhangar |
Kapal-kapal dalam kelas ini telah dibaringkan di Nikolayev South (Shipyard No.444). Kapal pertama telah dilancarkan pada tahun 1965 dan dinamakan Moskva (Rusia: Москва, lit. 'Moscow'code: ru is deprecated ; ia memasuki perkhidmatan dua tahun kemudian. Moskva diikuti oleh Leningrad (Rusia: Ленинград, lit. 'Leningrad'code: ru is deprecated , yang mana telah ditauliahkan pada akhir tahun 1968; tiada lagi kapal dibina selepasnya, ekoran laporan mengatakan prestasi buruknya di laut terbuka. Kedua-dua kapal ini dijanakuasa oleh janakuasa konvensional.
Moskva bukan sebuah "kapal pengangkut pesawat" tulen kerana ia tidak membawa sebarang pesawat kepak kaku; keseluruhan sayap udaranya terdiri daripada helikopter. Ia direka bertujuan untuk bertindak sebagai kapal dalam peperangan anti kapal selam (ASW), dan persenjataan dan sut penderianya dioptimakan untuk menghadapi ancaman kapal selam nuklear. Peranan strategiknya adalah untuk mempertahankan bastion kapal selam peluru berpandu balistik Soviet terhadap serangan kapal selam penyerang Barat.[perlu rujukan]