![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/da/Flag_of_Kansas.svg/langms-640px-Flag_of_Kansas.svg.png&w=640&q=50)
Kansas
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kansas /ˈkænzəs/ ( dengar) ialah sebuah negeri di Barat Tengah Amerika Syarikat. Ia dinamakan bersempena suku kaum asli Amerika Kansa, yang mendiami kawasan ini.[5] Nama suku ini (asalnya kką:ze) seringkali dikatakan bermakna "orang angin" atau "orang angin selatan," namun ini mungkin bukan makna asal istilah tersebut.[6][7]
State of Kansas | |
Bahasa rasmi | Inggeris[1] |
Ibu negeri | Topeka |
Bandar raya terbesar | Wichita |
Kawasan metro terbesar | Bahagian Kansas Kawasan Metro MO-KS |
Keluasan | Kedudukan ke-15 |
- Jumlah | 82,277 batu persegi (213,096 km²) |
- Lebar | 417 batu (645 km) |
- Panjang | 211 batu (340 km) |
- % air | 0.56 |
- Latitud | 37° U ke 40° U |
- Longitud | 94° 35′ B ke 102° 3′ B |
Penduduk | Kedudukan negeri ke-34 |
- Jumlah | 2,893,957 (ang 2013)[2] |
- Kepadatan | 35.1/batu persegi 13.5/km² (ke-40) |
- Pendapatan median | $50,177 (ke-25) |
Ketinggian | |
- Titik tertinggi | Gunung Sunflower[3][4] 4,041 ft (1232 m) |
- Purata | 2,000 ft (610 m) |
- Titik terendah | Sungai Verdigris di sempadan Oklahoma[3][4] 679 ft (207 m) |
Kemasukan ke dalam Kesatuan |
29 Januari 1861 (ke-34) |
Gabenor | Laura Kelly (D) |
Leftenan Gabenor | David Toland (D) |
Senator A.S. | Jerry Moran (R) Roger Marshall (R) |
Delegasi Dewan A.S. | Tracey Mann (R) Jake LaTurner (R) Sharice Davids (D) Ron Estes (R) (Senarai) |
Zon waktu | |
- most of state | Pusat: UTC −6/−5 |
- 4 kaunti barat | Gunung: UTC −7/−6 |
Singkatan | KS US-KS |
Tapak web | www.kansas.gov |
Pada 29 Januari 1861,[8][9] Kansas memasuki Kesatuan Anerika Syarikat sebagai negeri yang ke-34 dalam gabungan tersebut. Hari ini, Kansas merupakan antara negeri pertanian paling banyak daya keluarannya menghasilkan gandum, betari dan bunga matahari.[10] Kansas ialah negeri ke-15 terluas dan ke-34 paling berpenduduk di antara 50 negeri di Amerika Syarikat. Ibu negerinya ialah Topeka manakala bandar terbesarnya ialah Wichita.