perkampungan orang Cocos di Tawau, Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Kampung Balung Cocos ialah sebuah perkampungan orang Melayu Cocos di kawasan Balung, Tawau, Sabah. Kampung ini terletak 45 minit dari bandar Tawau. Kampung ini juga ialah kampung yang terbesar dan tersusun masyarakat Cocos. Kampung Balung Cocos dicadangkan untuk menjadi kampung budaya masyarakat Cocos.[1]
Dahulu dikenali sebagai Cocos Islander Co-Operactive Land Development Society Ltd (Co-op) dibuka pada tahun 1958 dan secara rasminya didaftarkan pada tahun 1961. Co-op ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan penduduk. Orang Cocos dari Kepulauan Cocos (Keeling) berhijrah ke kawasan Balung, Tawau untuk pertanian setelah beberapa ladang di Tawau tidak beroperasi. Tanah-tanah di sini dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada masa itu.[2] Masyarakat Cocos berpindah ke kawasan Balung disebabkan oleh keadaannya seperti pulau asal mereka yang mempunyai sungai.
Antara tarikan yang terdapat di kampung ini adalah Sungai Batu Bersusun atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai Giram Nek Legek iaitu turus basalt. Sungai ini terdapat bongkah-bongkah batu gunung berapi dipercayai berusia 27,000 tahun.[3]
Berdasarkan banci 2013, terdapat 817 orang penduduk di kampung ini. Kebanyakan penduduk berbangsa orang Cocos. Kegiatan ekonomi utama kampung ini ialah pertanian kelapa sawit[4] dan sayur-sayuran, perniagaan kecil-kecilan, penternakan lembu serta industri kecil dan sederhana.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.