dewa dewi dalam kepercayaan Syinto From Wikipedia, the free encyclopedia
Kami (神 ) merupakan kuasa atau roh ghaib yang disanjung dan dipuja dalam anutan Shintoisme, baik dari unsur-unsur dan fenomena alam sekitar mahupun sebarang jasad (being) berciri tersendiri lagi-lagi daripada leluhur atau orang yang telah meninggal dunia. Kuasa-kuasa ini dipercayai tidak terasing daripada alam malah merupakan sebahagian alam ini dengan ciri-ciri positif dan negatif hasil penzahiran musubi (結び ) dianggap yang menghubungankan segala benda dalam alam semesta.[1]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Mei 2020)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kami dipercayai tersembunyi dari dunia ini, dan mendiami satu alam selari yang melengkapi dunia manusia iaitu shinkai (神界 , "alam dewata").[2]
Terdapat lima ciri utama kami-kami mengikut kepercayaan dahulu kala:[3]
Para pemuja mengunjungi suatu kuil atau tempat keramat tertentu (神社, shinsha atau jinja) di mana mereka menyucikan diri (basuh tangan dan berkumur) sebelum menunduk tepuk sambil membacakan hajat mereka kepada dewata diingini.[2]:197 Pemanjatan ini turut boleh dilakukan di rumah dengan suatu altar khusus (神棚, kamidana).[2]:28, 84
Ada juga upacara tertentu yang dilakukan bertujuan sama oleh orang ditugaskan khusus sebagai perantara[5] baik dalam kalangan lelaki mahupun perempuan,[5] namun ia seringkali rumit dan memakan banyak masa untuk diajar.[6][perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.