Kamal Adli
Pelakon lelaki Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahmad Kamal Ahmad Adli (lahir 16 April 1986) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008 dan menempa nama sebagai pelakon komedi popular di samping berkebolehan melakonkan pelbagai jenis watak termasuk drama. Gaya lakonan komedi Kamal disifatkan segar dan tersendiri hingga menjadi tanda dagangnya.
Kamal Adli | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Kamal bin Ahmad Adli (1986-04-16) 16 April 1986 (umur 38) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2008–kini |
Ketinggian | 180 cm (5 ka 11 in) |
Pasangan | Uqasha Senrose (k. 2021) |
Anak-anak | 1 |
Kamal muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Bio-Nik, Zati & Si Mawas, Ana lu'lu, Putera Rayyan dan Black Belt Kaler Pink serta telefilem termasuk Kekasihku Is Setan, Nyamuk Tak Berdosa, Rongples Rongtaim dan Perempuan Tanpa Dosa.
Beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Niyang Rapik (2010), Kembar Siang (2011), Gerimis Mengundang (2012), Gangster Celop (2013) dan Abang Long Fadil (2014). Beliau merupakan lulusan bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
Beliau telah melamar Uqasha Senrose pada 20 Disember 2020, di acara langsung Anugerah MeleTOP Era. Pada 13 Mac 2023, beliau teruk dipukul oleh lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat. [1]