From Wikipedia, the free encyclopedia
Kamaishi (釜石市 , Kamaishi-shi) ialah sebuah pekan bersejarah yang terletak di pantai ria Sanriku di Wilayah Iwate, Jepun. Kegiatan ekonomi utamanya ialah pengeluaran keluli, perikanan, kerang-kerangan dan ekopelancongan.
Kamaishi
釜石市 | |
---|---|
Negara | Jepun |
Kawasan | Tōhoku |
Wilayah | Wilayah Iwate |
Pentadbiran | |
• Datuk bandar | Takenori Noda |
Keluasan | |
• Jumlah | 441.43 km2 (170.44 batu persegi) |
Penduduk (Februari 2014) | |
• Jumlah | 36,141 |
• Kepadatan | 81.9/km2 (212/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
- Pokok | Tabunoki (Machilus thunbergii) |
- Bunga | Sukashiyuri (Lilium pseudolirion) |
- Burung | Calonectris leucomelas |
Phone number | 0193-22-2111 |
Address | 3-9-13, Tadakoechō, Kamaishi-shi, Iwate-ken 026-8686 |
Laman sesawang | Bandar Kamaishi |
Pemecah Ombak Perlindungan Tsunami Kamaishi yang penjangnya 1,950 m (6,400 ka) dan dalamnya 63 m (207 ka), siap dipasang pada Mac 2009 setelah memakan tiga dekad untuk dibina pada kos $1.5 bilion.[1] Ia pernah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemecah ombak yang paling dalam di dunia.[2] Bagaimanapun, Kamaishi teruk dibinasakan oleh bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.[3] Ombak-ombak tsunami setinggi 14 ka (4.3 m) mengatasi Pemecah Ombak Kamaishi itu.[4] Kira-kira 1,250 orang penduduknya terkorban atau hilang akibat tsunami itu.[5] Kira-kira empat daripada 69 buah tapak pemindahan kecemasan di bandar itu ditenggelami tsunami itu.[6]
Kamaishi dahulu terkenal pada masa moden dengan pengeluaran keluli dan kini untuk promosi ekopelancongan. Penangkapan ikan komersial dan pengeluaran kerang juga aktiviti ekonomi yang penting.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.