syarikat Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
Kakao (Bahasa Korea: 카카오) adalah syarikat Internet Korea Selatan yang ditubuhkan pada 2010. Ia terbentuk hasil daripada penggabungan antara Daum Communications dan Kakao. Pada 2014, syarikat ini dinamakan semula sebagai Daum Kakao.[5] Syarikat itu dijenamakan semula sekali lagi pada 2015, hanya dengan beralih kepada Kakao dari Daum Kakao.[6]
Nama asli | 주식회사 카카오 |
---|---|
Nama rumi | RR: Jusikhoesa Kakao MR: Chushikhoesa K'ak'ao |
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | KRX: 035720 |
ISIN | KR7035720002 |
Industri | Internet |
Ditubuhkan | 1 Oktober 2014 |
Ibu pejabat | Jeju, Korea Selatan |
Tokoh penting | Kim Beom-soo (Pengerusi) Rim Ji-hoon (KPE) |
Keluaran | KakaoTalk, Daum, Path |
Hasil | ▲ KRW₩ 3.09 trilion (2019)[1] |
Pendapatan bersih | ▼ KRW₩ -339.82 bilion (2019) |
Pemilik | Setakat Januari 2016:[2] Brian Beom-soo Kim (18.80%) KCUBE Holdings (14.90%) Tencent Holdings Ltd. (13.54%)[3][4] Star Invest Holdings Ltd. (8.30%) WeMade Entertainment Co., Ltd. (3.50%) SK Planet Co., Ltd. (2.00%) |
Bilangan kakitangan | 8,602 (2019) |
Anak syarikat | Kakao M (76.40%) Kakao Games Kakao Friends Kakao Mobility Path, Inc. Lycos, Inc. |
Tapak web | www.kakaocorp.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Hangul | 카카오 |
---|---|
Perumian Semakan | Kakao |
McCune–Reischauer | K'ak'ao |
Pada Mei 2015, syarikat itu memperoleh Path, sebuah syarikat media sosial Amerika Syarikat yang telah berjaya di Asia.[7] Pada Januari 2016, Kakao memperoleh 76.4% kepentingan dalam LOEN Entertainment, sebuah syarikat hiburan Korea Selatan yang besar, dengan harga $1.5 bilion.[8] Ia kemudian dijenamakan semula sebagai Kakao M. Syarikat ini telah mendapat perhatian lebih lanjut dari KakaoTalk, sebuah aplikasi mesej segera mudah alih percuma untuk telefon pintar dengan ciri teks dan panggilan percuma. Menjelang Mei 2017, aplikasi ini mempunyai 220 juta pengguna berdaftar dan 47 juta pengguna bulanan aktif.[9]
Kakao menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan.
Pelaburan
Kakao Japan Corporation adalah anak syarikat Kakao di Jepun. Ia kini menawarkan beberapa perkhidmatan Kakao Korea dan juga perkhidmatan khusus untuk pasaran Jepun. Kakao Japan telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan muzik dalam usaha kedua untuk menembusi pasaran Jepun.[11] Pada bulan April 2018, Kakao Jepun mengumumkan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan streaming video untuk bersaing dengan Netflix dan Amazon dengan model pembayaran yang serupa dengan perkhidmatan Piccoma mereka.[12] Perkhidmatan penstriman akan dipanggil sebagai Piccoma TV.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.