Kakaktua Putih
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kakaktua Putih, Cacatua alba (juga dikenali sebagai Kakaktua Payung atau U2) adalah sejenis burung kakaktua bersaiz sederhana, iaitu kira-kira 46 sentimeter (18 in) panjang yang berasal dari kepulauan Halmahera, Bacan, Ternate, Tidore, Kasiruta dan Mandiole di Maluku Utara, Indonesia. Spesies kakaktua yang terancam ini memiliki mata berwarna hitam atau perang dan paruh kelabu gelap. Bahagian bawah sayap dan ekor kakaktua ini berwarna kuning pucat atau warna buah lemon. Apabila terkejut, jambul separa bulat besarnya mencacak naik (menyerupai sekaki payung).
Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Kakaktua Putih | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | Cacatuinae |
Genus: | |
Subgenus: | Cacatua |
Spesies: | C. alba |
Nama binomial | |
Cacatua alba Müller, 1776 | |
Tutup
Kakaktua Putih boleh hidup sehingga lebih 80 tahun.[perlu rujukan]