![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e9/Kailash_Satyarthi_March_2015.jpg/640px-Kailash_Satyarthi_March_2015.jpg&w=640&q=50)
Kailash Satyarthi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kailash Satyarthi (lahir 'Kailash Sharma'; 11 Januari 1954)[6] merupakan peguam bela untuk hak dan pendidikan kanak-kanak serta aktivis yang menentang buruh kanak-kanak dari India.[7][8] Beliau mengasaskan Bachpan Bachao Andolan (Save the Childhood Movement) pada tahun 1980 dan telah bertindak melindungi hak lebih daripada 83,000 kanak-kanak dari 144 buah negara.[9][10]
Kailash Satyarthi | |
---|---|
कैलाश सत्यार्थी | |
![]() Satyarthi, 2015 | |
Kelahiran | Kailash Sharma[1] (1954-01-11) 11 Januari 1954 (umur 70)[2] Vidisha, Madhya Pradesh, India |
Warganegara | India |
Pendidikan | Kejuruteraan elektrik[1] |
Pusat pendidikan | Institut Teknologi Samrat Ashok, Vidisha[3][4] |
Terkenal kerana | Aktivisme untuk hak kanak-kanak dan pendidikan kanak-kanak |
Anugerah | The Aachener International Peace Prize, Germany (1994) Robert F. Kennedy Human Rights Award (1995) Alfonso Comin International Award (2008) Medal of the Italian Senate (2007) Defenders of Democracy Award (2009) Hadiah Keamanan Nobel (2014) Harvard Humanitarian Award (2015)[5] |
Laman web rasmi | KailashSatyarthi.net |
Nama asal beliau adalah Kailash Sharma, dilahirkan pada 11 Januari 1954 di Vidisha, Madhya Pradesh, India.[1][2]
Beliau telah belajar di sekolah menengah tinggi kerajaan,[3] dan menamatkan ijazahnya dalam bidang kejuruteraan elektrikal[2] di Institut Teknologi Samrat Ashok, Vidisha[1][3][4] dan pascasiswazah dalam kejuruteraan voltan tinggi. Beliau kemudiannya menyertai kolej di Bhopal sebagai pensyarah selama beberapa tahun.[11]
Pada 1980, beliau melepaskan kerjaya sebagai jurutera dan menjadi Setiausaha Agong Bandhua Mukti Morcha; dan menubuhkan Bachpan Bachao Andolan (Save the Childhood Movement) pada tahun yang sama.[12][13] Kerja-kerja kemasyarakatan beliau diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa termasuk menerima Hadiah Keamanan Nobel 2014 bersama-sama Malala Yousafzai dari Pakistan.[14]
Perbincangan mengenai pengharaman buruh kanak-kanak mula dibangkitkan setelah Satyarthi menerima Hadiah Nobel.