From Wikipedia, the free encyclopedia
Kafalah (Arab: الكفالة, rumi: kafālah, lit. 'penajaan' , 'jaminan; tanggungan';[1] nama penuh: نظام الكفالة niẓām al-kafāla "sistem penajaan", bahasa Inggeris: kafala atau kefala) merupakan suatu sistem pengendalian buruh migran yang terlibat dalam sektor-sektor pembinaan sekitar rantau Syam dan Teluk Parsi iaitu Bahrain, Kuwait, Lubnan, Qatar, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.[2][3] Sistem ini mewajibkan semua tenaga buruh tidak berkemahiran yang ingin memasuki negara-negara ini mendapatkan suatu pihak penaja dari negara asal yang bertanggungjawab memegang visa mereka.
Pelaksanaan ini dikritik penggiat hak asasi manusia yang melihat sistem ini membenarkan para majikan mengambil kesempatan mengeksploitasi pekerja dari segi pelayanan dan pengekangan pasport tanpa sebarang tindakan keras diambil.[4][5]
Bahrain menyatakan pemansuhan sistem ini dalam negara tersebut dengan sokongan Menteri Buruhnya[6] yang menggubah aturan bahawa penajaan buruh migran akan dipindahkan kepada Penguasa Kawalan Pasaran Buruh pada 1 Ogos 2009.[7]
Pada 13 Disember 2016, kerajaan Qatar segera memperkenalkan suatu undang-undang yang dilihat menggalakkan lalu melewahkan keperluan sistem ini dengan membenarkan pertukara kerja dalam kalangan buruh.[8] Negara tersebut mengeluarkan suatu perintah kementerian pada Januari 2020 yang menghapuskan keperluan visa keluar daripada sistem ini malah membebaskan pekerja daripada permintaan izin daripada majikan untuk keluar daripada pekerjaan buruh diambil.[9]
EAB pula menggunapakai suatu rang undang-undang yang menggalakkan ketekalan dengan Konvensyen Pekerja Domestik Pertubuhan Buruh Antarabangsa pada Jun 2017, rang ini bertujuan menyesuaikan urusan buruh migran agar diberikan hak sama seperti pekerja-pekerja lain dalam negara tersebut.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.