From Wikipedia, the free encyclopedia
Kaeng khae (Bahasa Thai: แกงแค , disebut [kɛ̄ːŋ kʰɛ̄ː]) adalah kari dalam masakan Thai utara.
Kaeng khae | |
---|---|
Nama alternatif | Gaeng kae |
Jenis | Kari |
Tempat asal | Thailand |
Kawasan/rantau | Utara Thailand |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Sayur-sayuran, ayam, katak, ikan atau siput |
sunting · sunting di Wikidata |
Kari ini dinamakan sempena daun Piper sarmentosum, salah satu daripada bahan-bahan utama, yang dikenali sebagai khae di utara Thailand.
Kari ini dibuat terutamanya dengan sayur-sayuran dan herba. Ayam,[1] katak,[2] daging lembu, ikan kering atau siput[3] ditambah bergantung kepada jenis.[4]
Bahan-bahan masakan ini adalah P. sarmentosum, ketumbar Lao, cha-om, dan daun Acmella oleracea, teras kering bunga Bombax ceiba, bunga Sesbania grandiflora, pepasan, terung, rebung, terung pipit, cili segar, dan cendawan.[5] Kepedasan kari ini dicapai melalui belacan, pla ra, bawang, serai, cili kering, dan bawang putih.
Khua khae ialah kari yang serupa dengan kaeng khae, tetapi kurang air.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.