Kabinet Rahman kedua
kabinet menteri di Malaysia 1957-1959 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet Rahman kedua selepas diminta oleh Tuanku Abdul Rahman untuk memulakan pemerintahan baharu berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum pada 19 Ogos 1959 di Persekutuan Tanah Melayu. Kabinet ini mengangkat sumpah pada 22 Ogos 1959 dan Tunku Abdul Rahman menduduki semula jawatan Perdana Menteri dari Abdul Razak Hussein yang memangku jawatan itu selepas Tunku Abdul Rahman mengambil cuti tiga bulan daripada jawatannya untuk berkempen dalam pilihan raya.
Semua menteri persekutuan dari Kabinet Rahman pertama dikekalkan kecuali H.S. Lee yang tidak bertanding dalam pilihan raya 1959, dan Mohamed Khir Johari yang bertanding di parlimen Kedah Tengah, yang mana pilihan raya bagi parlimen tersebut ditunda ke 30 September 1959.[1]
Berikut merupakan senarai anggota kabinet kedua bagi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (kemudiannya Perdana Menteri Malaysia), Tunku Abdul Rahman.