![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/99/Th%25C3%25A9ophile-Alexandre_Steinlen_-_Tourn%25C3%25A9e_du_Chat_Noir_de_Rodolphe_Salis_%2528Tour_of_Rodolphe_Salis%2527_Chat_Noir%2529_-_Google_Art_Project.jpg/640px-Th%25C3%25A9ophile-Alexandre_Steinlen_-_Tourn%25C3%25A9e_du_Chat_Noir_de_Rodolphe_Salis_%2528Tour_of_Rodolphe_Salis%2527_Chat_Noir%2529_-_Google_Art_Project.jpg&w=640&q=50)
Kabaret
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kabaret [ka-ba-rét; pinjaman Perancis: cabaretcode: fr is deprecated ] difahamkan sebagai pertunjukan atau pementasan seni lazim di Dunia Barat yang biasanya ada hiburan berupa muzik, komedi dan seringkali sandiwara atau tari-menari. Persembahan sebegini khususnya dilangsungkan di restoran atau kelab malam yang mempunyai panggung pertunjukan untuk disaksikan para penonton yang duduk di meja-meja (seringkali sambil makan minum) sekeliling sambil dihiburkan seorang pengacara majlis.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/99/Th%C3%A9ophile-Alexandre_Steinlen_-_Tourn%C3%A9e_du_Chat_Noir_de_Rodolphe_Salis_%28Tour_of_Rodolphe_Salis%27_Chat_Noir%29_-_Google_Art_Project.jpg/640px-Th%C3%A9ophile-Alexandre_Steinlen_-_Tourn%C3%A9e_du_Chat_Noir_de_Rodolphe_Salis_%28Tour_of_Rodolphe_Salis%27_Chat_Noir%29_-_Google_Art_Project.jpg)
Di Amerika Syarikat, tarian bogel, burlesque, persembahan mak nyah mahupun persembahan nyanyian sola diiringi dengan pemain piano sering dianggap sebagai kabaret.
Perkataan kabaret pertama kali digunakan pada tahun 1655.[1]