Menara Merdeka 118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, KL 118 dan PNB 118, ialah sebuah pencakar langit megatinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada tinggi 678.9 m (2,227 ka), ia menjadi bangunan dan struktur kedua tertinggi di dunia, hanya di belakang Burj Khalifa pada 828 m (2,717 ka).
Merdeka 118 | |
---|---|
Nama lama | Menara Warisan Merdeka, KL 118, PNB 118 |
Ketinggian yang direkodkan | |
Tertinggi di Malaysia sejak 2021[I] | |
Didahului oleh | The Exchange 106 |
Maklumat umum | |
Status | Selesai[1] |
Jenis | Guna campur: kompleks beli-belah, pemilikan rumah, hotel, pencerapan, taman awam, pejabat |
Gaya seni bina | Neo-futurisme dan corak songket tradisional Melayu |
Lokasi | Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, Malaysia |
Alamat | Cangkat Stadium, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 3°8′30″N 101°42′2″E |
Dinamakan bersempena | Kemerdekaan Malaysia |
Pecah tanah | Julai 2014[2] |
Pembinaan bermula | 2023 |
Upacara atas bumbung | 30 November 2021 [3] |
Disiapkan pada | November 2023 |
Pembukaan | Q3 2024 (Park Hyatt KL), Q4 2024 (geladak cerap) |
Dirasmikan pada | 10 Januari 2024[4] |
Pembiayaan | RM5 bilion[5] |
Pemilik | PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (bawah PNB) |
Maklumat ketinggian | |
Seni bina | 678.9 m (2,227 ka)[6] |
Puncak | 680.5 m (2,233 ka)[perlu rujukan] |
Menara antena | 160 m (520 ka) |
Bumbung | 518.9 m (1,702 ka) |
Tingkat teratas | 502.8 m (1,650 ka)[perlu rujukan] |
Anjung pemerhatian | 566 m (1,857 ka) (aras puncak) 499 m (1,637 ka) (Dilihat di 118) |
Butiran teknikal | |
Sistem penstrukturan | Keluli Konkrit bertetulang Keluli terlindung konkrit |
Bilangan tingkat | 118 (dengan 5 bawah tanah) |
Keluasan tingkat | 292,000 m2 (3,140,000 ka2) |
Lif/mesin pengangkat | 87 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Fender Katsalidis bersama dengan RSP KL |
Pemaju | PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd |
Jurutera penstrukturan | Leslie E. Robertson Associates, Robert Bird Group bersama dengan Arup[7] |
Kontraktor utama | Samsung C&T Kumpulan UEM |
Dikenali kerana | Pencakar langit pertama melebihi 500 m (1,600 ka) dan 600 m (2,000 ka) di Malaysia dan Asia Tenggara |
Maklumat lain | |
Letak kenderaan | 20,000 medan kereta |
Capaian transit awam | KG17 Stesen MRT Merdeka di Laluan Kajang AG8 SP8 Stesen LRT Plaza Rakyat melalui KG17 MR3 Stesen Monorel Maharajalela di KL Monorail |
Tapak web | |
merdeka118 | |
Rujukan | |
[8][9] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Nama bangunan ini, iaitu Merdeka, diinspirasikan oleh Stadium Merdeka yang terletak berdekatan.[10] Puncak menara selesai pada Disember 2022, menandakan ketinggiannya pada 678.9 m (2,227 ka) di atas tanah dan 700.9 m (2,300 ka) di atas paras laut.[11]
Ia ialah bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia mengatasi The Exchange 106 pada 453.6 m (1,488 ka) menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, dan mengatasi Landmark 81 pada 461.2 m (1,513 ka) menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara.[12] Bangunan ini juga akan menjadi yang pertama di Malaysia yang mendapatkan peringkat triple platinum daripada pengesahan mapan seluruh dunia, termasuk Leadership in Energy and Environmental Design (LEED).[12]
Latar belakang
Pembangunan Menara Merdeka 118 melibatkan tanah seluas 19 ekar (7.7 he) didanai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB),[13][14] dengan biaya RM5 bilion.[5] Ketika selesai pada 2023,[15] menara ini menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.[16] Ia dibangunkan dalam tiga fasa dan terdiri daripada 400,000 meter persegi (4,300,000 kaki persegi) ruang kediaman, hotel dan komersial.[17]
Bangunan ini ialah gabungan ruang pejabat, hotel, dan gerai peruncitan, serta lantai pencerapan yang akan menjadi geladak cerap tertinggi di Asia Tenggara. Ia mempunyai dua geladak cerap, pertamanya di dalam bangunan dan keduanya di dalam puncak menara, dan pusat perniagaan runcit (118 Mall). Ia akan dikelilingi dengan empat ekar taman lelurus dan bandaran.[18] Ruang yang tidak boleh disewakan pula terdiri daripada kemudahan lif, rekreasi dan penyelenggaraan, semacam ruang letak untuk lebih 8,500 buah kereta. Enam puluh daripada 80 tingkat ruang pejabat akan disediakan untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB), iaitu pemaju dan subsidiari projek ini.[19][20]
Tapak
Bangunan ini terletak di Jalan Hang Jebat, di lokasi Taman Merdeka terdahulu (yang kemudian diubah menjadi ruang letak kereta terbuka). Tapak ini berada dalam lingkungan tanda tempat semacam Jalan Petaling, tempat bersukan termasuk Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Chin Woo, tiga buah sekolah (Victoria Institution, Sekolah Lelaki Methodist dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson), dan projek Plaza Rakyat tertegun (yang merentasi Laluan Ampang). Setelah selesai, pembangunan Menara Merdeka 118 juga akan mempunyai akses ke Stesen MRT Merdeka yang baru dibangunkan di Laluan Kajang (SBK)[21][22] dan langsung bersambung dari tiga jalan utama melalui Terowong Belfield, yang akan menjadi terowong bawah tanah 2 tingkat yang melintas di bawah Kampung Attap dan Jalan Maharajalela ke tingkat bawah tanah medan ini.[23]
Reka bentuk
Bangunan ini direka dengan gabungan muka kaca berbentuk berlian menandakan kerencaman rakyat Malaysia. Reka bentuknya dibuat melambangkan dan diilhamkan oleh gerak isyarat tangan Tunku Abdul Rahman yang direntang ketika melaungkan "Merdeka!",[24] semasa beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Salutan bangunan ini nanti terdiri daripada 18,144 buah panel, 114,000 meter persegi kaca, dan 1,600 tan penyemperitan bingkai tingkap. Ia nanti mempunyai 118 Mall, pejabat Gred-A, hotel, dan kawasan kediaman. Jurutera strukturnya ialah Leslie E. Robertson Associates dan Robert Bird Group sedangkan jurutera rekod awam dan struktur untuk menara ini ialah Arup.[25][26] Bangunan ini akan dilengkapi dan disinari dengan 8.4 km jalur lampu LED pada waktu malam yang beransur-ansur bergerak dari satu penjuru ke penjuru lain.[27] Neapoli Group, iaitu firma reka bentuk dan kejuruteraan alam sekitar, digajikan untuk menyediakan khidmat nasihat ke arah mencapai penilaian platinum dengan tiga badan pengesahan Green Building: Leadership in Energy and Environmental Design (LEED), Green Building Index dan GreenRE.[28]
Pelan lantai
Semua pelan lantai yang diperolehi dari kertas cadangan bangunan tertakluk kepada perubahan.[29]
Aras | Tujuan |
---|---|
118 | Bilik orang kenamaan |
117 | Struktur mekanik |
115 – 116 | The View At 118 (Geladak langit dan balai cerap) |
114 | Restoran mewah |
113 | Struktur mekanik |
100 – 112 | Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel) |
99 | Gim, spa dan kolam renang dalaman (hotel) |
97 – 98 | Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel) |
78 – 96 | Pejabat-pejabat zon tinggi |
77 | Struktur mekanik |
76 | Lobi langit pejabat |
75 | Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel) Lobi langit |
58 – 74 | Pejabat-pejabat zon tengah 2 |
43 – 57 | Pejabat-pejabat zon tengah 1 |
42 | Struktur mekanik |
40 – 41 | Lobi langit pejabat |
24 – 39 | Pejabat-pejabat zon rendah 2 Ibu pejabat PNB dan subsidiarinya |
8 – 23 | Pejabat-pejabat zon rendah 1 Ibu pejabat PNB dan subsidiarinya |
6 – 7 | Struktur mekanik |
5 | Lobi pejabat |
4 | Tempat menyambut tetamu, lobi pejabat, lif lobi, keluar ke Merdeka Boulevard At 118 (Ruang legar selatan dari Jalan Stadium) |
3 | Lobi Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel), kafe, persidangan, ruang letak kereta, pintu masuk sisi ke 118 Mall dan pembangunan masa depan |
2 | Pintu masuk The View At 118 (Geladak langit dan balai cerap), ruang legar lobi |
1 | Aras perhimpunan, lobi komersial, elevator hotel, elevator restoran, ruang letak kereta, pintu masuk ke 118 Mall dan pembangunan masa depan (Ruang legar utara dari Jalan Hang Jebat) |
B1 | Ruang letak kereta tingkat bawah tanah |
B2 | Struktur mekanik |
Ketinggian
Jadual berikut menunjukkan ketinggian untuk semua bahagian terlibat di menara Merdeka 118.
Maklumat ketinggian | Ketinggian |
---|---|
Seni bina | 678.9 m (2,227 ka) |
Hujung | 680.5 m (2,233 ka) |
Puncak tajam | 160 m (520 ka) |
Kepala mercu | 531.2 m (1,743 ka) |
Bumbung | 518.9 m (1,702 ka) |
Tingkat teratas | 502.8 m (1,650 ka) |
Aras pemerhatian | 483 m (1,585 ka) and 560 m (1,840 ka) |
Menara Kediaman Merdeka 1 | 241.3 m (792 ka) |
Menara Kediaman Merdeka 2 | 233.4 m (766 ka) |
Oakwood Premier Kuala Lumpur | 182.6 m (599 ka) |
Perkembangan
Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas bagi projek itu, telah diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.[30][31]
Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh 28 Januari 2014.[32][33]
Kritikan
Ramai yang mengkritik projek ini, dengan mengatakan bahawa ia adalah satu projek yang membazir dan dana RM5 bilion boleh digunakan untuk sebab-sebab lain seperti aspek kemiskinan, pendidikan dan jalan raya.[13]
Sebagai tindak balas kepada kritikan, Perdana Menteri berkata bahawa projek itu bukan merupakan satu pembaziran dan akan membawa lebih banyak faedah.[13]
Pada permulaannya dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding 509 m (1,670 ka), melepasi Taipei 101, tetapi akhirnya ketinggian cadangan Menara Warisan Merdeka telah disemak semula kepada 610 m (2,000 ka). Terdapat spekulasi bahawa hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur 100 tingkat seperti yang dirancang.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.