K. Rajagopal
pemain dan jurulatih bola sepak Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy (lahir 10 Julai 1956) ialah peemain dan bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan Malaysia dan pasukan utama Malaysia. Rajagopal merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia pada era 80-an dan pernah melatih pasukan remaja Malaysia selain Selangor dan Kelantan.[1] Beliau kini berkhidmat sebagai ketua jurulatih Brunei.[2]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Rajagopal a/l Krishnasamy | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
PKNS FC | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1978–1980 | Selangor FC | 22 | (10) |
1981–1989 | Sabah FA | 66 | (17) |
Pasukan kebangsaan | |||
1980–1982 |
![]() | 20 | |
Pasukan diurus | |||
1990–1998 | PKNS FC | ||
1999–2000 | Selangor FC | ||
2001–2002 | Kelantan FA | ||
2004–2006 | Malaysia B-20 | ||
2007–2009 | Harimau Muda A | ||
2009–2011 | Malaysia B-23 | ||
2009–2013 | Malaysia | ||
2015–2016 | Sarawak FA | ||
2017–2019 | PKNS FC | ||
2020–2022 | Brunei | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Rajagopal dilantik selaku jurulatih pasukan bawah 23 Malaysia pada 11 April 2009.[3] Sembilan hari selepas dilantik sebagai jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, Rajagopal dilantik sebagai jurulatih pasukan utama kebangsaan menggantikan B. Sathianathan yang dipecat pada awal Februari.[4]
Di Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, beliau berjaya membawa pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia mendapatkan kembali pingat emas selepas kemarau selama 20 tahun.