Juwairiya Zulkifli
From Wikipedia, the free encyclopedia
Puan Juwairiya binti Zulkifli (lahir 6 Julai 1985) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara[1] dan Penyelaras DUN Hulu Kelang. Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.
Juwairiya Zulkifli | |
---|---|
Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara | |
Memegang jawatan 9 Januari 2024 | |
Menteri | Nancy Shukri |
Pengerusi | Rohani Abdul Karim |
Penyelaras DUN Hulu Kelang | |
Memegang jawatan Januari 2024 | |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Bukit Melawati | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 2,695 (PRU-14) |
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor | |
Dalam jawatan 10 Februari 2021 – 22 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Borhan Aman Shah |
Digantikan oleh | Saifuddin Shafi Muhammad |
Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat | |
Memegang jawatan 2022 | |
Ketua Wanita | Fadhlina Sidek |
Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Selangor | |
Dalam jawatan 2018–2022 | |
Didahului oleh | Manikavasagam Sundaram |
Digantikan oleh | Thiban Subbramaniam |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1985-07-06) 6 Julai 1985 (umur 39) Hulu Kelang, Selangor, Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau pernah berkhidmat sebagai anggota Dewan Negeri Selangor bagi DUN Bukit Melawati. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bermula 10 Februari 2021[2]sehingga pembubaran DUN pada Jun 2023[3], menggantikan Borhan Aman Shah yang telah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ketika itu. Di peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.[4]