hari keenam dalam seminggu, selepas hari Khamis From Wikipedia, the free encyclopedia
Jumaat (Jawi: جمعة, bahasa Inggeris: Friday ; juga Jumat di Riau, Ind.[1]) merupakan hari keenam dalam seminggu terletak antara Khamis dan Sabtu.
Perkataan "Jumaat" meminjam dari Arab: الجُمُعَة, rumi: al-jumu`ah dibentuk daripada akar ج م ع yang memberi makna "menghimpunkan" atau "mengumpulkan",[2] atau dalam tafsiran lainnya "menambahkan sesuatu bahagian kepada bahagian [lain]" (ضم الشيء بعضه إلى بعض)[3]
Kata jumaat ini juga pernah digunakan untuk mengaitkan dengan suatu tempoh tujuh hari yang kini disebut minggu atau pekan ("sejumaat").[4]
Pada hari ini orang-orang Islam akan berkumpul dan mengerjakan solat Jumaat di masjid beramai-ramai pada waktu tengah hari bagi menggantikan solat Zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.
Para penganut agama Kristian juga digalakkan beribadah pada hari ini terutamanya dalam kalangan beraliran Gereja Katolik, Anglikan[5][6] dan Ortodoks Timur:
Ada juga satu perayaan penting disambut pada hari ini dalam minggu sama sebelum Paskah yang jatuh hari Ahad berikutnya, iaitu Jumaat Agung yang memperingati penyaliban Yesus Kristus.
Penganut agama Yahudi turut memulakan suatu "istirahat" mereka pada senja hari ini sampailah senja hari Sabtu dipanggil Shabbat di mana sebarang kegiatan bekerja yang ditetapkan dalam Masnah ditegah sambil pembacaan kitab Taurah digalakkan.
Ada sesetengah alam masyarakat Barat yang percaya tahayul bahawa bala dan malang akan menimpa pada hari Jumaat bertarikh 13 dalam sesebuah bulan.[perlu rujukan]
Di Malaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Hal ini adalah kerana bagi syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari Jumaat ialah hari terakhir.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.