Julia Montes
Pelakon wanita Filipina / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mara Hautea Schnittka (/ˌmɑːrə haʊtɛæ ʃnɪtkɑː/;[3] lahir 19 Mac 1995) atau lebih dikenali sebagai Julia Montes merupakan seorang pelakon wanita Filipina berketurunan Jerman. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sebagai pelakon kanak-kanak dengan menjayakan peranan undangan dan membintangi siri Goin' Bulilit. Montes menerima pengiktirafan secara meluas menerusi watak sebagai gadis manja Clara del Valle dalam pembikinan semula drama Mara Clara (2010–11), sejak itu, beliau membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem drama Way Back Home (2011).
Julia Montes | |
---|---|
![]() Montes pada 2012 | |
Kelahiran | Mara Hautea Schnittka (1995-03-19) 19 Mac 1995 (umur 29) |
Warganegara | Filipina |
Nama lain | Mara Schnittka[1] Mara Montes[2] |
Pendidikan | Pusat Seni Kulinari, Manila |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2001–kini |
Ejen | Star Magic (2004–16) Cornerstone Talent Management (2016–kini) |
Selepas Mara Clara tamat, beliau membintangi drama romantik yang diiktiraf Walang Hanggan (2012), sebagai Katerina Alcantara, yang mana beliau memenangi Anugerah Puteri Televisyen Filipina, dan dalam Muling Buksan Ang Puso (2013), sebagai Sarah Beltran. Untuk peranannya sebagai Mona Hidalgo dalam drama Ikaw Lamang (2014), beliau memenangi Anugerah Gawad Tanglaw untuk Pelakon Wanita Terbaik dan menerima pencalonan untuk PMPC Star Award bagi Pelakon Pembantu Drama Wanita Terbaik. Montes seterusnya memenangi anugerah Anugerah Gawad Tanglaw untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk kali kedua dan menerima pencalonan untuk PMPC Star Award bagi Pelakon Drama Wanita Terbaik apabila beliau membintangi drama Doble Kara (2015–17), sebagai kembar perempuan Kara Dela Rosa dan Sara Suarez.
Di dalam filem, beliau berlakon dalam drama romantik A Moment in Time (2013), sebagai Jillian Linden, yang mana beliau telah dicalonkan untuk FAMAS Award for Best Actress, dan seram romantik Halik sa Hangin (2015), sebagai Mia Generoso, dimana beliau menerima pencalonan di Young Critics Circle Award for Best Performance. Penampilan filem lain termasuk komedi romantis The Reunion (2012), seram pengembaraan The Strangers (2012) dan drama bebas Padre de Familia (2016).