Judas Iscariot
From Wikipedia, the free encyclopedia
Judas Iscariot atau Yudas Iscariot (bahasa Ibrani: יהודה איש־קריות, Yəhûḏāh ʾΚ-qəriyyôṯ) (meninggal sekitar tahun 29–33 Masihi) anak Simon Iscariot[1] merupakan salah seorang dari 12 Hawari mengikut Perjanjian Baru. Dia bertugas sebagai bendahara.[2]
Di kalangan orang Kristian, nama Yudas Iscariot sudah tidak asing lagi. Dia dianggap sebagai pengkhianat kerana telah menyerahkan Jesus Christ kepada imam-imam kepala Yahudi dengan harga royalti sebanyak 30 keping perak.[3] Kitab Bible juga mencatatkan bahawa Yudas mati dengan kondisi perut terbelah dan semua isi perutnya keluar.[4] Tempatnya telah digantikan oleh Matias setelah kesebelas murid membuang undi untuk menentukan siapa orang ke-12 yang akan menggantikannya.[5]