John Kerry
From Wikipedia, the free encyclopedia
John Forbes Kerry ialah ahli politik Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai Duta Khas Presiden Amerika Syarikat untuk iklim[1] dari tahun 2021 hingga tahun 2024 di bawah presiden Joe Biden. Beliau sebelumnya menjawat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-68 di bawah pentadbiran presiden Obama dari tahun 2013 hingga 2017.
John Kerry | |
---|---|
Wakil Khas Presiden Amerika Syarikat untuk Iklim ke-1 | |
Dalam jawatan 20 Januari 2021 – 6 Mac 2024 | |
Presiden | Joe Biden |
Didahului oleh | pejabat diasaskan |
Digantikan oleh | John Podesta |
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-68 | |
Dalam jawatan 1 Februari 2013 – 20 Januari 2017 | |
Presiden | Barack Obama |
Didahului oleh | Hillary Clinton |
Digantikan oleh | Rex Tillerson |
Senator Amerika Syarikat dari Massachusetts | |
Dalam jawatan 2 Januari 1985 – 1 Februari 2013 | |
Didahului oleh | Paul Tsongas |
Digantikan oleh | Mo Cowan |
Leftenan Gabenor Massachusetts ke-66 | |
Dalam jawatan 6 Mac 1983 – 2 Januari 1985 | |
Gabenor | Michael Dukakis |
Didahului oleh | Thomas P. O'Neill III |
Digantikan oleh | Evelyn Murphy |
Butiran peribadi | |
Lahir | John Forbes Kerry (1943-12-11) 11 Disember 1943 (umur 80) Aurora, Colorado, A.S. |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Julia Thorne(k. 1970; c. 1988) Teresa Heinz (k. 1995) |
Anak-anak | Alexandra Vanessa |
Ibu bapa | Richard Kerry Rosemary Forbes |
Pendidikan | Yale University Boston College |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1966–1978 |
Pangkat | Leftenan |
Pertempuran | Perang Vietnam |
Beliau juga merupakan bekas senator dari Massachusetts dan calon Demokrat dalam pilihan raya Presiden 2004. Beliau dikalahkan oleh George W. Bush. Beliau telah menjadi senator selama 20 tahun, dan berkhidmat sebagai Leftenan Gabenor Massachusetts di bawah Michael Dukakis dari tahun 1983 hingga 1985. Beliau ialah anggota parti Demokrat.
Pada 1 Februari 2013, beliau dilantik sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat, menggantikan Hillary Clinton. Pencalonan beliau mulai kukuh selepas duta besar A.S. untuk PBB, Susan Rice, mengundur diri sebagai calon kerana mendapat tekanan berhubung isu serangan ke atas konsulat AS di Benghazi, Libya.[2][3]
Pada 23 November 2020, Presiden terpilih Joe Biden mengumumkan bekas Setiausaha Negara AS John Kerry akan dilantik sebagai Wakil Presiden Khas untuk Iklim dan akan menjadi anggota Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSC). Beliau menjawat jawatan tersebut setelah Joe Biden mengangkat sumpah jawatan presiden, pada 20 Januari 2021. Beliau meletakkan jawatan beliau pada 6 Mac 2024 untuk bekerja di kempen Presiden Biden 2024.