From Wikipedia, the free encyclopedia
John Harvey Kellogg, M.D. (26 Februari 1852 – 14 Disember 1943) merupakan seorang doktor perubatan, pakar pemakanan, pereka, aktivis kesihatan dan ahli perniagaan Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengarah Sanitarium Battle Creek di Battle Creek, Michigan. Sanitarium ini telah dibina oleh ahli mazhab Geraja Seventh-day Adventist yang menggabungkan aspek spa Eropah, institusi hidroterapi, sebuah hospital dan sebuah hotel kelas tinggi. Kellogg membantu bukan sahaja golongan kaya dan terkenal, tetapi termasuk golongan miskin yang tidak mampu pergi ke hospital lain.
John Harvey Kellogg | |
---|---|
Kelahiran | Tyrone, Michigan | 26 Februari 1852
Meninggal dunia | Disember 14, 1943 91) | (umur
Pusat pendidikan | Kolej Perubatan Universiti New York di Hospital Bellevue (M.D., 1875) |
Pekerjaan | Doktor, pakar pemakanan |
Terkenal kerana | Sanitarium Battle Creek |
Pasangan | Ella Ervilla Eaton (1853–1920), berkahwin 1879 |
Anak-anak | 8 orang anak angkat |
Saudara | Will Keith Kellogg, adik |
Perselisihan dengan ahli geraja yang lain telah menyebabkan pepecahan besar dalam denominasi: Kellogg telah "dibuang" pada tahun 1907, namun masih meneruskan banyak kepercayaan Adventist dan mengarahkan sanitarium sehingga ajalnya pada tahun 1943. Kellogg juga turut membantu membangunkan Kolej Misionari Perubatan Amerika yang diasas pada tahun 1895 dan beroperasi sehingga tahun 1910 sebelum bergabung dengan Universiti Negeri Illinois.
Kellogg dikenali hari ini sebagai pencipta bijian sarapan yang dikenali sebagai emping jagung bersama adiknya, Will Keith Kellogg.[1][2]
Kellogg mengahwini Ella Ervilla Eaton dari tahun 1879 sehingga kematian Eaton pada tahun 1920. Mereka telah mengambil tujuh orang anak angkat. Kellogg meninggal dunia pada 14 Disember 1943 di Battle Creek, Michigan di usia 91 tahun.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.