John Brown
From Wikipedia, the free encyclopedia
John Brown (9 Mei 1800 - 2 Disember 1859) adalah seorang peniaga, orang alim dan abolisionis Amerika Syarikat. Beliau berpendapat radikal dalam perjuangannya menghapuskan perhambaan di Amerika Syarikat di mana beliau menganggap keganasan itu sangat perlu bagi mencapai matlamat didokongnya.
John Brown | |
---|---|
Kelahiran | (1800-05-09)9 Mei 1800 |
Meninggal dunia | Disember 2, 1859(1859-12-02) (umur 59) |
Sebab kematian | Dihukum gantung |
Dikebumikan | John Brown Farm State Historic Site, Lake Placid, New York, Amerika Serikat |
Terkenal kerana |
|
Anak-anak | 20 termasuk Owen (11 mencapai usia dewasa) |
Ibu bapa | Owen Brown Ruth Mills |
Tandatangan | |
Beliau pertama kali mendapat perhatian serata Amerika dengan krisis Kansas Berdarah serta suatu pembunuhan bersiri tindak balas dari serangan suatu bandar diduduki warga antiperhambaan. Beliau turut mengetuai pasukan anti perhambaan dalam pertempuran-pertempuran Black Jack (2 Jun) dan Osawatomie (30 Ogos 1856).
Pada bulan Oktober 1859, Brown mengetuai serangan terhadap suatu gudang senjata persekutuan di Harpers Ferry, Virginia (hari ini Virginia Barat), dengan tujuan memulakan gerakan pembebasan hamba yang menyebar ke selatan melalui kawasan pergunungan di Virginia dan Carolina Utara yang mahu dijadikan suatu negeri dibentuk beliau sendiri. Rancangan ini digagalkan petani tempatan, dan pihak Kor Marin yang berjaya memberkas atau menumpaskan orang-orang Brown. Brown didakwa atas kesalahan menderhaka terhadap Komanwel Virginia, membunuh dan menghasut pemberontakan hamba; beliau didapati bersalah atas semua tuduhan dan dihukum gantung - beliau orang pertama yang dihukum mati atas dakwaan penderhakaan dalam sejarah Amerika Syarikat. [1]:179