From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Dr Johari bin Mat (Jawi: جوهاري بن مت) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Dato' Dr Johari Mat D.P.S.K (Kelantan) | |
---|---|
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat | |
Memegang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Ahmad Yakob |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 14 Julai 2014 – 13 Julai 2017 | |
Digantikan oleh | Muhamad Mustafa |
Dalam jawatan 7 Julai 2011 – 6 Julai 2014 | |
Didahului oleh | Ahmad Rusli Ibrahim |
Butiran peribadi | |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Kediaman | Kelantan |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulamak |
Johari Mat lahir pada 28 April 1952 di Kelantan, berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Usuluddin dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh, Arab Saudi (1990-1982) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran semasa.
Beliau pernah menjadi Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003).Beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan, antaranya Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999).
Johari Mat menjadi ahli Lembaga Penasihat Jurnal Al-Basirah Universiti Malaya (1 April 2011-31 Mac 2013) dan Pengerusi Panel Penerbitan Karya Bidang Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (25 April 2011-Mei 2013) .[2]
Pada 20 Jun 2011, beliau dipilih sebagai anggota Dewan Negara mewakili Kelantan (07.07.2011 - 06.07.2014). Beliau menggantikan Ahmad Rusli Ibrahim yang telah tamat penggalnya sebagai senator selama tiga tahun. Namanya dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.[3] Pada 7 Julai 2011, beliau angkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.