From Wikipedia, the free encyclopedia
Johannesburg atau lebih dikenali sebagai Jo'burg atau Bandar Raya Emas terletak di kawasan tinggi iaitu pada ketinggian 1,753 meter (6 000 kaki) di atas paras laut. Bandar raya ini adalah ibu negeri Gauteng. Luas kawasannya 1,644 kilometer persegi, dengan purata kepadatan penduduk seramai 1,962 orang setiap kilometer persegi. Walaupun, Johannesburg bukan ibu negara Afrika Selatan tetapi ia merupakan bandar raya terbesar di Afrika Selatan. Malah bandar raya ini merupakan salah satu daripada 40 bandar raya metropolitan yang terbesar di dunia, dan adalah bandar raya di benua Afrika yang tergolong sebagai bandar raya global. Satu kajian di bawah kelolaan Mastercard pada 2007, meletakkan Johannesburg sebagai 47 daripada 50 bandar raya utama di dunia sebagai pusat perdagangan bertaraf antarabangsa (bandar raya tunggal di seluruh benua Afrika) [10].
Johannesburg
| |
---|---|
Bandar Raya Johannesburg | |
Nama panggilan: Jo'burg; Jozi; Muḓi Mulila Ngoma (Venda), Joni (Tsonga); Jobhag (Bhojpuri);[1] Egoli ("Kawasan Emas");[2] Gauteng ("Kawasan Emas") | |
Cogan kata: Unity in Development Bahasa Melayu: Bersatu dalam Pembangunan[3] | |
Koordinat: 26°12′16″S 28°2′44″E | |
Negara | Afrika Selatan |
Provinsi | Gauteng |
Perbandaran | Bandar Raya Johannesburg |
Ditubuhkan | 1886[4] |
Pentadbiran | |
• Jenis | Perbandaran metropolitan |
• Datuk Bandar | Kabelo Gwamanda (Al Jama-ah) |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 1,644.98 km2 (635.13 batu persegi) |
• Bandar | 3,357 km2 (1,296 batu persegi) |
Aras | 1,753 m (5,751 ft) |
Penduduk (2019)[6] | |
• Bandar Raya | 5 635 127 |
• Bandar | 8,000,000 |
• Kepadatan bandar | 2,400/km2 (6,200/batu persegi) |
• Metro | 10,500,000 |
Demografi kaum (2019) | |
• Hitam | 76.4% |
• Putih | 12.3% |
• Coloured | 5.6% |
• India/Asia | 4.9% |
• Lain-lain | 0.8% |
Bahasa ibunda (2011) | |
• Zulu | 23.41% |
• Inggeris | 20.10% |
• Sesotho | 9.61% |
• Setswana | 7.68% |
• Afrikaans | 7.28% |
• Lain-lain | 18,10% |
Zon waktu | UTC+2 (Waktu Piawai Afrika Selatan) |
Poskod (jalan) | 2001 |
Kod kawasan | 010 dan 011 |
HDI | ▲ 0.75 High (2012)[8] |
GDP | US$131 bilion (2020)[9] |
GDP per kapita (PPP) | US$16 370 (2014)[9] |
Laman sesawang | www |
Selain itu, ia merupakan pusat ekonomi yang paling penting di negara ini dan juga di seluruh benua Afrika. Bursa Saham Johannesburg (JSE) adalah bursa saham terbesar di Afrika dan yang ke-16 terbesar di dunia.
Kawasan ini dipertelingkahkan punca penamaan ini kerana terdapat banyak orang penting bernama "Johannes" semasa penubuhan kota ini:
Rantau ini pada asalnya diduduki puak Bushmen dan Bantu. Apabila orang Eropah tiba di sini, sekumpulan Boer membuka beberapa ladang ternak. Walaupun begitu, tiada penempatan Eropah yang besar sehingglah 1880-an, apabila emas ditemui tidak jauh dari timur kawasan ini iaitu di Barberton yang juga menempatkan Witwatersrand. Penemuan galian emas yang banuak mencetuskan suatu kerubut emas memngumpulkan banyak pelombong di sini
Johannesburg bermula sebagai sebuah pekan yang tidak banyak bezanya dengan kawasan perlombongan kecil yang lain. Namun, apabila berita tentang kekayaannya merebak, orang ramai dari seberang laut seperti Amerika Utara, United Kingdom, dan Eropah datang berduyun-duyun ke tempat ini. Akibatnya, nilai hartanah semakin meningkat, dan ini menyebabkan ketegangan di antara pihak Afrikaner, yang mengawal rantau ini pada abad ke-19, dengan pihak British. Akhirnya tercetuslah Perang Anglo-Boer Kedua, di mana pihak Afrikaner tewas dan pekan ini jatuh ke tangan British.
Apabila Kesatuan Afrika Selatan telah diisytiharkan pada 1910, ia telah membuka laluan kepada struktur perlombongan yang lebih teratur. Selepas itu, kerajaan Afrika Selatan telah melancarkan sistem perkauman yang keras di mana kaum kulit hitam dan India telah dikenakan cukai yang berat, dilarang daripada memegang kerja mahir, dan dipaksa bekerja sebagai buruh kasar di lombong-lombong emas di sekitar Johannesburg.
Kerajaan Afrika Selatan telah meneruskan program aparteidnya dengan menginstitusikan sistem pengusiran secara paksa, di mana penduduk bukan Eropah telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa kawasan setinggan tertentu. Kawasan tersebut yang dipanggil Soweto iaitu singkatan South Western Townships atau Perumahan Barat Daya, terdiri dari kawasan sempit yang dikhaskan untuk kaum kulit hitam sewaktu era aparteid. Nelson Mandela telah menghabiskan masa yang lama di Soweto dan kini rumahnya di Orlando adalah tempat tarikan pelancong.
Keganasan besar-besaran telah meletus pada 1976 di Soweto apabila Majlis Perwakilan Pelajar-Pelajar Soweto mengadakan protes membantah penggunaan Bahasa Afrikaan, yang dianggap sebagai bahasa penindas, di sekolah-sekolah kaum kulit hitam. Tragedi yang dikenali sebagai Kebangkitan di Soweto telah mengorbankan seramai 1000 orang apabila ia merebak ke seluruh Afrika Selatan. Salah seorang mangsanya yang paling terkenal ialah, Hector Pieterson, dan sebuah Museum telah dibina di Soweto untuk mengenang jasanya kepada masyarakat kulit hitam.
Johannesburg merupakan hab ekonomi dan kewangan di Afrika Selatan, dengan menyumbang 16% KDNK negara, dan 40% aktiviti ekonomi di wilayah Gauteng.
Perlombongan merupakan asas ekonomi di Witwatersrand tetapi ianya berkurangan akibat bekalan galian yang semakin susut. Kini, sektor perlombongan telah digantikan oleh sektor perkhidmatan dan perindustrian, dua sektor utama dalam pembangunan bandar raya ini. Walaupun perlombongan emas tidak sepenting dahulu, namun kebanyakan syarikat emas masih menjadikan Johannesburg sebagai ibu pejabat mereka. Antara idnustri utama di bandar raya ini adalah industri keluli dan simen. Manakala, sektor perkhidmatan yang penting termasuklah perbankan, IT, hartanah, pengangkutan, penyiaran dan media cetak, perubatan swasta and a vibrant leisure and consumer retail market. [perlu rujukan] Bursa saham terbesar di Afrika adalah Bursa Saham Johannesburg atau JSE walaupun bangunan ini telah dipindahkan keluar dari central business district. Due to its commercial role, the city is the seat of the provincial government and the site of a number of government branch offices, as well as consular offices and other institutions.
Johannesburg terkenal sebagai pusat ekonomi yang penting di Afrika Selatan malah di seluruh Afrika. Oleh itu, antara tarikannya yang utama adalah kompleks membeli belah yang besar. Ini termasuklah Sandton Centre di Sandton dengan kawasan membeli belah seluas 144,000 meter persegi menjadikannya kompleks terbesar di hemisfera selatan.
Bandar raya ini juga mempunyai banyak muzeum antara:
Di samping itu, di pinggir bandar raya ini terdapat tarikan semula jadi yang menarik seperti Cradle of Humankind yang terdiri daripada gua-gua di mana fosil manusia primitif telah dijumpai. Kawasan bersejarah ini terletak di Sterkfontein dan tersenarai sebagai kawasan warisan dunia.