From Wikipedia, the free encyclopedia
Jodelle Micah Ferland[1] (lahir 9 Oktober 1994) ialah seorang pelakon wanita Kanada. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak pada usia empat tahun dalam filem televisyen Mermaid (2000) yang mana beliau memenangi Anugerah Artis Muda dan menerima pencalonan Anugerah Emmy Daytime, menjadikannya calon termuda dalam sejarah Emmy. Kerjayanya berkembang dengan peranan dalam filem televisyen Carrie (2002), filem seram They (2002), Tideland (2005), Silent Hill (2006) dan Case 39 (2009), dan filem komedi Good Luck Chuck (2007). Beliau juga membintangi siri televisyen Kingdom Hospital (2004).
Jodelle Ferland | |
---|---|
Kelahiran | Jodelle Micah Ferland 9 Oktober 1994 Nanaimo, British Columbia, Kanada |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1996–kini |
Dari 2010-an, Ferland mempunyai peranan dalam filem fantasi romantik The Twilight Saga: Eclipse (2010) dan filem seram The Cabin in the Woods (2011) dan The Tall Man (2012). Beliau uga telah membintangi siri televisyen Dark Matter (2015–2017), yang memperoleh pencalonan Anugerah Saturn.[2][3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.