Joachim Gunsalam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam ialah seorang ahli politik Malaysia yang sedang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih kemenangan dalam pilihan raya negeri 2020 pada bulan September 2020. Beliau juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) untuk Kundasang sejak Mac 2004. Beliau ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersekutu dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri. Pada haribulan 12 September 2020, Parti Beliau iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) telah bersetuju untuk menyertai Gabungan di Sabah yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyatupadukan pilihan-pilihan rakyat di Sabah dan menyatupadukan bangsa yang terdapat di Sabah. Oleh yang sedemikian, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah ditubuhkan secara sah di Sabah dengan persetujuan beberapa parti yang ada di Sabah.
Joachim Gunsalam SPDK, PGDK, ASDK, ADK (Sabah) | |
---|---|
Timbalan Ketua Menteri Sabah III | |
Memegang jawatan 29 September 2020 Berkhidmat dengan Bung Mokhtar Radin dan Jeffrey Kitingan | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Christina Liew |
Kawasan pilihan raya | Kundasang |
Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah | |
Memegang jawatan 29 September 2020 | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Wilfred Madius Tangau |
Kawasan pilihan raya | Kundasang |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Kundasang | |
Memegang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Ewon Ebin (BNāUPKO) |
Majoriti | 1,997 (2004) 1,806 (2008) 1,975 (2013) 255 (2018) 1,422 (2020) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Joachim Gunsalam (1958-01-22) 22 Januari 1958 (umur 66) Kundasang, Ranau, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Bersatu Sabah (PBS) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (gabungan) |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) Perikatan Nasional (PN) (sekutu) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (gabungan) |
Pasangan | Datin Linda Ewit |
Pekerjaan | Ahli politik |