Kabinet Sabah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kabinet Negeri Sabah merupakan badan eksekutif bagi Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia. Kabinet diketuai oleh Ketua Menteri dan dibarisi oleh 10 orang menteri, kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Kabinet dibantu oleh Pembantu-pembantu Menteri yang dilantik dengan cara yang sama dengan cara Ketua Menteri serta Menteri-menteri dilantik. Walau bagaimanapun, Pembantu-pembantu Menteri tidak menganggotai Kabinet.
Mesyuarat Kabinet turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Peguam Besar Negeri. Kedua-dua mereka dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka bukan anggota Kabinet.