Jerry Palacios
Pemain bola sepak Honduras From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemain bola sepak Honduras From Wikipedia, the free encyclopedia
Jerry Nelson Palacios Suazo (Sebutan Sepanyol: [ˈʝeri paˈlasjos]; lahir November 1, 1981) merupakan pemain bola sepak Honduras yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia, ATM FA.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Jerry Nelson Palacios Suazo[1] | ||
Tarikh lahir | 1 November 1981 | ||
Tempat lahir | La Ceiba, Honduras | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 5⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | ATM | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2001–2005 | Olimpia | 0 | (0) |
2005–2006 | Motagua | 23 | (5) |
2006 | Olimpia | 12 | (4) |
2007 | Vida | 31 | (6) |
2007–2008 | Olimpia | 7 | (1) |
2008–2010 | Marathón | 39 | (18) |
2010 | Hangzhou Greentown | 15 | (2) |
2011 | Hunan Billows | 23 | (6) |
2012 | Marathón | 10 | (2) |
2012 | Platense | 21 | (6) |
2013-2014 | Alajuelense | 29 | (15) |
2015 | ATM | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2002–2014 | Honduras | 24 | (5) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada Oktober 14, 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga Oktober 14, 2014 |
Palacios membuat penampilan sulung untuk Olimpia dimana dia bermain selama 7 tahun kecuali untuk semusim di Motagua dan semusim di Vida.
Dia menyertai kelab Liga Super China, Hangzhou Greentown pada bulan Januari 2010.[2] Dia telah gagal satu ujian pemilihan bersama South China dalam Liga Divisyen Satu Hong Kong.
Selepas musim liga berakhir dia kembali ke Marathón untuk Kejohanan Clausura 2012.[3] Pada bulan Julai 2012, dia menyertai Platense untuk Apertura 2012[4] dan pada bulan Disember 2012, dia berpindah ke luar negara sekali lagi untuk bermain bersama kelab Costa Rica, Alajuelense.[5]
Palacios kembali ke Asia di akhir tahun 2014, kali ini menyertai kelab Malaysia, ATM FA.[6][7]
Palacios membuat penampilan sulung untuk Honduras pada bulan Mac 2002 dalam perlawanan persahabatan menentan Amerika Syarikat dan setakat bulan Februari 2013, dia telah membuat 13 penampilan dan menjaringkan 5 gol. Dia telah mewakili negaranya dalam 4 perlawanan Kelayakan Piala Dunia FIFA.[8]
Ketika Piala Dunia FIFA 2010, yang diadakan di Afrika Selatan, Honduras melakar pencapaian bersejarah apabila meletakkan Jerry, Johnny dan Wilson ke dalam skuad mereka. Mereka menjadi trio adik beradik pertama untuk mewakili sesuatu negara di Piala Dunia.[9] Dia dimasukkan ke dalam skuad selepas kecederaan Julio César de León.[10]
# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 3 Ogos 2004 | Estadio Cuscatlán, San Salvador, El Salvador | El Salvador | 3–0 | 4–0 | Persahabatan |
2. | 23 Januari 2010 | The Home Depot Center, Carson, United States | Amerika Syarikat | 2–0 | 3–1 | Persahabatan |
3. | 5 Mac 2014 | Estadio Olímpico Metropolitano, San Pedro Sula, Honduras | Venezuela | 2–1 | 2–1 | Persahabatan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.