Pelakon, penyanyi dan pencipta lagu Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Jennifer Love Hewitt (lahir 21 Februari 1979) merupakan pelakon, penyanyi dan pencipta lagu Amerika Syarikat. Hewitt memulakan kerjaya lakonannya sedari kecil menerusi penampilan dalam iklan televisyen dan siri Disney Channel, Kids Incorporated. Beliau mula terkenal menerusi siri terbitan Fox, Party of Five, sebagai Sarah Reeves, dan filem I Know What You Did Last Summer serta kesinambungannya, sebagai Julie James.
Jennifer Love Hewitt | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1989 — kini |
Anugerah | Saturn Award untuk Best Actress on Television 2006 Ghost Whisperer 2007 Ghost Whisperer |
Laman web rasmi | http://www.jenniferlovehewittonline.com |
Sebagai penyanyi, Hewitt telah menandatangani perjanjian dengan Atlantic Records dan Jive Records.[2] "BareNaked" merupakan antara lagu beliau yang popular. Selain itu, beliau juga terbabit dalam promosi dan runut bunyi untuk projek-projek lakonannya. [3]
Beliau pernah dinamakan sebagai wanita terseksi di dunia oleh majalah Maxim pada tahun 1999,[4] dan wanita terseksi menerusi televisyen pada tahun 2008[5].
Hewitt juga terbabit di belakang tabir sebagai penerbit untuk beberapa buah filem dan rancangan televisyen.[6] Beliau kini lebih dikenali sebagai Melinda Gordon iaitu wanita muda yang boleh berkomunikasi dengan roh-roh orang mati menerusi Ghost Whisperer.
Di antara tahun 1997 dan 2008, Hewitt telah diletakkan sebagai salah satu wanita terseksi oleh majalah FHM, dan dalam tahun 1999 dan 2006 oleh majalah Maxim.
Tahun | Judul | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1992 | Munchie | Andrea Kurtz | |
1993 | Little Miss Millions | Heather Lofton | Juga dikenali sebagai Home for Christmas |
Sister Act 2: Back in the Habit | Margaret | ||
1996 | House Arrest | Brooke Figler | |
1997 | Trojan War | Leah Jones | |
I Know What You Did Last Summer | Julie James | ||
1998 | Can't Hardly Wait | Amanda Beckett | |
Telling You | Deb Freidman | ||
I Still Know What You Did Last Summer | Julie James | ||
1999 | The Suburbans | Cate | |
2001 | Heartbreakers | Page Conners | |
2002 | The Hunchback of Notre Dame II | Madellaine | suara |
The Adventures of Tom Thumb and Thumbelina | Thumbelina | suara | |
The Tuxedo | Del Blaine | ||
2004 | The Truth About Love | Alice Holbrook | |
If Only | Samantha Andrews | ||
Garfield | Liz | ||
2006 | Garfield: A Tail of Two Kitties | Liz | |
2007 | Shortcut to Happiness | The Devil | |
2008 | Tropic Thunder | Diri sendiri | ckameo |
Delgo | Princess Kyla | suara | |
2009 | She Had Brains, a Body, and the Ability to Make Men Love Her |
Tahun | Album | Kedudukan dalam carta | |
---|---|---|---|
A.S.. | AUS | ||
1992 | Love Songs | NR | NR |
1995 | Let's Go Bang | - | - |
1996 | Jennifer Love Hewitt | - | - |
2002 | BareNaked | 37 | 31[7] |
2006 | Cool with You: The Platinum Collection | NR | NR |
2007 | Hey Everybody | NR | NR |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.