Pelakon wanita Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Jennifer Shrader Lawrence (lahir 15 Ogos 1990) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Lawrence memulakan kerjaya lakonan beliau dalam siri televisyen. Beliau melakonkan watak utama pertamanya dalam sitkom TBS, The Bill Engvall Show (2007–09). Selepas beralih ke filem, beliau memberikan persembahan lakonan terbaiknya dalam Winter's Bone (2010) dan menerima pencalonan Anugerah Akademi buat kali pertama. Beliau melakonkan watak Mystique dalam filem kelima X-Men, X-Men: First Class (2011) dan menyambung watak beliau dalam beberapa filem X-Men seterusnya.
Rencana ini perlu dikemas kini. (Julai 2023) |
Jennifer Lawrence | |
---|---|
Kelahiran | Jennifer Shrader Lawrence 15 Ogos 1990 Indian Hills, Kentucky, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2006–sekarang |
Lawrence mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas melakonkan watak Katniss Everdeen dalam siri filem Hunger Games (2012–15).[1] Sebagai seorang pelakon drama, beliau telah bekerjasama dengan pengarah, David O. Russell dalam beberapa filem. Peranan utama beliau dalam filem romantik komedi arahan Russell, Silver Linings Playbook (2012) membolehkan beliau memenangi Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oskar kedua termuda dalam sejarah. Lawrence meraih dua lagi kemenangan Anugerah Golden Globe dan pencalonan Anugerah Akademi untuk lakonan beliau dalam filem komedi-drama arahan Russell, American Hustle (2013) dan Joy (2015).
Lawrence dilahir dan dibesarkan di Indian Hills, Kentucky. Beliau merupakan anak perempuan kepada Karen (née Koch; lahir 1956), seorang pengurus kem kanak-kanak dan Gary Lawrence, seorang pekerja pembinaan. Beliau mempunyai dua orang abang, Ben dan Blaine.[2] Ketika berusia 14 tahun, beliau mengambil keputusan untuk mengejar kerjaya lakonan dan memujuk ibu-bapa beliau untuk membawanya ke Bandar Raya New York untuk mencari ejen bakat. Lawrence menghadiri Sekolah Menengah Kammerer di Louisville. Beliau menamatkan pembelajaran dari sekolah tinggi dua talah lebih awal dengan purata gred 3.9/4.0 dan mahu mengejar kerjaya dalam lakonan.[3][4] Semasa membesar, Lawrence bertugas sebagai pembantu jururawat di kem hari musim panas kanak-kanak yang dijalankan oleh ibu-bapanya.[5][6][7]
Lawrence memulakan kerjaya lakonan beliau di dalam siri komedi TBS, The Bill Engvall Show dengan melakonkan watak Lauren Pearson.[8] Siri itu mula ditayangkan pada bulan September 2007 dan berkekalan selama tiga musim.[9] Pelakon dalam siri itu termasuk Lawrence, memenangi Anugerah Artis Muda untuk Pelakon Muda Cemerlang dalam Siri TV dan menerima pencalonan untuk Lakonan Terbaik dalam Siri TV (Komedi atau Drama).[10][11] Pada tahun 2008, Lawrence membuat penampilan filem pertamanya sebagai peranan kecil dalam Garden Party,[12] disusuli dengan watak utama dalam filem arahan Lori Petty, The Poker House.[13] Beliau dianugerahkan Lakonan Cemerlang Anugerah Festival Filem Los Angeles untuk lakonannya dalam The Poker House.[14] Beliau kemudiannya muncul dalam filem arahan sulung Guillermo Arriaga, The Burning Plain (2008) bersama-sama Charlize Theron dan Kim Basinger. Peranan beliau dalam filem ini membolehkan beliau memenangi Anugerah Marcello Mastroianni untuk Pelakon Wanita Baru Terbaik di Festival Filem Venice.[15] Beliau juga muncul dalam video muzik Parachute untuk lagu The Mess I Made.[8]
Peranan utama Lawrence dalam filem arahan Debra Granik, Winter's Bone (2010) yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Sundance kerap digambarkan sebagai lakonan cemerlang pertamanya.[16] Lakonan beliau dalam filem ini dipuji secara meluas oleh pengkritik filem. Lawrence dianugerahkan Anugerah National Board of Review untuk Lakonan Cemerlang dan menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.[17][18]
Lawrence membintangi Like Crazy yang ditayangkan di Festival Filem Sundance 2011 dan muncul dalam The Beaver, sebuah filem komedi gelap dibintangi Jodie Foster dan Mel Gibson. Beliau juga membintangi bersama-sama James McAvoy dan Michael Fassbender dalam X-Men: First Class (2011), sebuah prekuel kepada siri filem X-Men.[19] Beliau melakonkan watak penjahat, Mystique, dilakonkan oleh Rebecca Romijn dalam filem X-Men sebelumnya.[20] First Class mencapai kejayaan komersial dengan mengutip $353.6 juta di box office antarabangsa.[21] Lawrence menyertai Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada tahun itu.[22]
Pada tahun 2012, Lawrence membintangi sebagai Katniss Everdeen di dalam The Hunger Games, adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama oleh Suzanne Collins. Walaupun merupakan peminat novel ini, Lawrence mengambil masa tiga hari untuk menerima watak itu kerana beliau pada awalnya takut dengan saiz filem ini dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada kerjayanya.[23][24] Beliau menjalani latihan yang meluas untuk watak itu termasuk memanah, memanjat batu dan pokok serta pertempuran.[25][26] Dengan kutipan antarabangsa sebanyak $691.2 juta,[21] The Hunger Games menjadi filem box office pertama untuk mengutip ($350 juta dan ke atas) dibintangi pelakon aksi wanita,[27] menjadikan Lawrence sebagai heroin aksi dengan kutipan tertinggi.[1] Filem ini menerima ulasan positif dan lakonan Lawrence sebagai Katniss menerima pujian.
Lawrence melakonkan watak seorang janda muda dalam Silver Linings Playbook (2012), adaptasi novel dengan tajuk yang sama oleh Matthew Quick. Filem ini juga dibintangi Bradley Cooper dan Robert De Niro.[28] Beliau menerima pujian kritis untuk lakonannya.[29] Untuk lakonan beliau dalam filem ini, beliau memenangi Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik,[30][31] menjadikan beliau pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oskar kedua termuda pada umur 22 tahun.[32] Lawrence juga membintangi bersama Max Thieriot dan Elisabeth Shue dalam House at the End of the Street (2012).[33] Beliau menjadi wajah rumah fesyen, Dior pada bulan Oktober 2012.[34]
Pada tahun 2013, Lawrence menyambung watak beliau sebagai Katniss Everdeen dalam The Hunger Games: Catching Fire, filem kedua siri The Hunger Games.[35] Ia merupakan kejayaan komersial dengan kutipan $864.9 juta.[21] Beliau kemudiannya melakonkan watak pembantu dalam American Hustle (2013) juga dibintangi Bradley Cooper, Amy Adams dan Jeremy Renner.[36] Lawrence menerima pujian kritis untuk lakonannya,[37] dan menerima Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu dan pencalonan ketiga Anugerah Akademi, yang pertamanya untuk watak pembantu,[38][39][40] menjadikannya pelakon wanita termuda untuk mendapat tiga pencalonan.[41]
Lawrence menggantikan Angelina Jolie dalam drama Serena, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Ron Rash.[42][43] Pada tahun 2014, Lawrence sekali lagi melakonkan watak Mystique dalam X-Men: Days of Future Past, yang mengutip $748.1 juta di seluruh dunia dan menyambung watak Katniss Everdeen dalam The Hunger Games: Mockingjay – Part 1.[44] Filem ini mencapai kejayaan box office dengan kutipan $751.9 juta di seluruh dunia.[21]
Pada bulan Mei 2015, beliau dinamakan sebagai wajah kempen kecantikan Dior Addict.[45] Kemudiannya pada tahun itu, Lawrence membintangi filem terakhir Hunger Games, The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 (2015). Kerjasama ketiga Lawrence dengan David O. Russell, Joy ditayangkan pada bulan Disember 2015 dimana Lawrence melakonkan watak Joy Mangano.[46] Richard Roeper dari Chicago Sun-Times' memanggil ia sebagai lakonan terbaik beliau sejak Winter Bone.[47] Untuk lakonannya, beliau memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi,[48] dan dicalonkan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik, menjadikan beliau individu termuda yang mendapat empat pencalonan Oskar.[49]
Lawrence sekali lagi melakonkan watak Mystique dalam filem adiwira, X-Men: Apocalypse (2016). Beliau menerima liputan media kerana dibayar $20 juta untuk filem sains fiksyen, Passengers dijadual ditayangkan pada 21 Disember 2016.[50] Pada bulan Ogos 2015, Lawrence mengumumkan bahawa beliau dan Amy Schumer sedang menulis sebuah lakon layar komedi untuk filem akan datang.[51]
Lakonan Lawrence pada tahun 2012 mendorong Rolling Stone unuk memanggil beliau sebagai "pelakon muda wanita paling berbakat di Amerika."[52] Donald Sutherland membandingkan beliau dengan Laurence Olivier dan menggambarkan beliau sebagai seorang pelakon cemerlang.[53] Pengarah, David O. Russell memuji lakonan bersahaja beliau yang membuatkan persembahan lakonannya kelihatan mudah.[54] Lawrence tidak pernah terlibat dalam teater dan tidak pernah mengambil kelas lakonan.[55]
Lawrence dilihat sebagai berada dalam kedudukan pengaruh dan kuasa dalam industri filem. Pada tahun 2013, beliau berada dalam senarai tahun Time 100 orang paling berpengaruh di dunia yang diterbitkan oleh Time,[56] dinamakan sebagai wanita paling berkuasa dalam industri hiburan oleh Elle[57] dan dinamakan sebagai pelakon wanita kedua paling berkuasa oleh Forbes selepas menerima bayaran $26 juta pada tahun sebelumnya.[58] Pada tahun 2014, Forbes menamakan beliau sebagai pelakon wanita dengan bayaran kedua tertinggi di Hollywood di belakang Sandra Bullock,[59] dan menyebut beliau sebagai pelakon wanita paling berkuasa, menduduki tempat ke-12 keseluruhan dalam senarai Celebrity 100.[60] Pada bulan Ogos 2015, Forbes mengiktiraf beliau sebagai pelakon wanita dengan bayar tertinggi pada tahun 2015 dengan pendapatan $52 juta.[61][62]
Membesar di Kentucky, Lawrence gemar menunggang kuda dan kerap melawat ladang kuda tempatan.[63] Semasa menjalani penggambaran filem X-Men: First Class pada tahun 2010, Lawrence memulakan hubungan bersama Nicholas Hoult. Pasangan tersebut berpisah pada tahun 2014. Dari bulan September 2016 sehingga Oktober 2017, beliau berada dalam hubungan bersama pengarah filem mother!, Darren Aronofsky.
Lawrence aktif dalam badan-badan amal seperti Program Makanan Sedunia, Feeding America dan The Thirst Project. Beliau menganjurkan tayangan awal The Hunger Games: Catching Fire untuk memberi manfaat kepada Pusat Saint Mary, sebuah organisasi kurang upaya yang tertetak di tempat asal beliau Louisville, Kentucky dan mengutip lebih daripada $40,000.[64][65] Lawrence adalah duta rasmi Olimpik Istimewa, organisasi sukan terbesar di dunia untuk kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya.[64][66] Lawrence telah menubuhkan Yayasan Jennifer Lawrence,[67] yang menyokong badan amal seperti Yayasan Screen Actors Guild, Olimpik Istimewa dan Do Something.[64][65] Beliau juga mengadakan kutipan dana untuk Sukan Olimpik Istimewa Musim Panas 2015 di Los Angeles sebagai sebahagian daripada tayangan perdana LA untuk The Hunger Games: Mockingjay – Part 1.[68]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2008 | Garden Party | Tiff | |
2008 | The Poker House | Agnes | |
2008 | The Burning Plain | Mariana | |
2010 | Winter's Bone | Ree Dolly | |
2011 | Like Crazy | Sam | |
2011 | The Beaver | Norah | |
2011 | X-Men: First Class | Raven Darkhölme / Mystique | |
2012 | The Hunger Games | Katniss Everdeen | |
2012 | House at the End of the Street | Elissa Cassidy | |
2012 | Silver Linings Playbook | Tiffany Maxwell | |
2013 | The Devil You Know | Zoe Hughes muda | |
2013 | The Hunger Games: Catching Fire | Katniss Everdeen | |
2013 | American Hustle | Rosalyn Rosenfeld | |
2014 | X-Men: Days of Future Past | Raven Darkhölme / Mystique | |
2014 | Serena | Serena Pemberton | |
2014 | The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 | Katniss Everdeen | |
2015 | The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 | Katniss Everdeen | |
2015 | Joy | Joy Mangano | |
2016 | A Beautiful Planet | Pencerita | |
2016 | X-Men: Apocalypse | Raven Darkhölme / Mystique | |
2016 | Passengers | Aurora Lane | |
2017 | Mother! | mother | |
2018 | Red Sparrow | Dominika Egorova | |
2018 | X-Men: Dark Phoenix | Raven Darkhölme / Mystique | |
2021 | Don't Look Up | Kate Dibiasky | |
2022 | Causeway | Lynsey | Juga sebagai penerbit |
2023 | Bread and Roses | – | Sebagai penerbit |
2023 | No Hard Feelings | Maddie Barker | Juga sebagai penerbit |
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2006 | Company Town | Caitlin | Filem televisyen |
2006 | Monk | Maskot | Episod: "Mr. Monk and the Big Game" |
2007 | Cold Case | Abby Bradford | Episod: "A Dollar, a Dream" |
2007–08 | Medium | Claire Chase / Allison muda | 2 episod |
2007–09 | The Bill Engvall Show | Lauren Pearson | 31 episod |
2013 | Saturday Night Live | Hos | Episod: "Jennifer Lawrence/The Lumineers" |
2014 | Saturday Night Live | Dirinya sendiri | Episod: "Woody Harrelson/Kendrick Lamar" |
2017 | Jimmy Kimmel Live! | Diri sendiri (hos) | 2 November 2017 |
Lawrence pada tahun 2013 | ||
Anugerah |
Menang |
Pencalonan |
---|---|---|
Akademi | 1 | 4 |
AACTA | 2 | 2 |
BAFTA | 1 | 2 |
Critics' Choice | 4 | 13 |
Golden Globe | 3 | 4 |
Independent Spirit | 1 | 2 |
Screen Actors Guild | 2 | 5 |
Tahun | Filem | Kategori | Keputusan | |
---|---|---|---|---|
Anugerah Akademi | ||||
2010 | Winter's Bone | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
2012 | Silver Linings Playbook | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
2013 | American Hustle | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
2015 | Joy | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
Anugerah Filem Akademi British | ||||
2012 | Silver Linings Playbook | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama | Tercalon | |
2013 | American Hustle | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu | Menang | |
Anugerah Golden Globe | ||||
2011 | Winter's Bone | Pelakon Wanita Terbaik – Filem Drama | Tercalon | |
2013 | Silver Linings Playbook | Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi | Menang | |
2014 | American Hustle | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem | Menang | |
2016 | Joy | Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi | Menang | |
Anugerah Screen Actors Guild | ||||
2010 | Winter's Bone | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama | Tercalon | |
2012 | Silver Linings Playbook | Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem | Tercalon | |
Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama | Menang | |||
2013 | American Hustle | Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem | Menang | |
Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu | Tercalon | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.