![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ec/Jennifer_Connelly_2012.jpg/640px-Jennifer_Connelly_2012.jpg&w=640&q=50)
Jennifer Connelly
Pelakon Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jennifer Lynn Connelly (lahir Disember 12, 1970)[1] ialah seorang pelakon Amerika Syarikat yang memulakan kariernya sebagai model kanak-kanak. Beliau muncul dalam iklan majalah, surat khabar dan televisyen sebelum membuat peranan lakonan pertamanya dalam filem jenayah 1984, Once Upon a Time in America. Connelly terus menjadi model dan berlakon, membintangi filem-filem seperti Labyrinth, Career Opportunities dan The Rocketeer. Beliau mendapat pujian meluas untuk peranannya dalam filem sains fiksyen 1998, Dark City dan filem 2000, Requiem for a Dream.
Jennifer Connelly | |
---|---|
![]() Connelly pada tahun 2012 | |
Kelahiran | Jennifer Lynn Connelly (1970-12-12) 12 Disember 1970 (umur 53) Cairo, New York, A.S. |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1981–kini |
Pasangan | Paul Bettany (k. 2003) |
Anak-anak | 3 |
Pada tahun 2002, Connelly memenangi Anugerah Akademi, Anugerah Golden Globe dan Anugerah BAFTA untuk perananya sebagai Alicia Nash dalam filem 2001, A Beautiful Mind. Filem-filem seterusnya termasuk Hulk, Dark Water, Blood Diamond, The Day the Earth Stood Still, He's Just Not That into You dan Creation.