Jeneral pasukan cawangan
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Istilah "Jeneral pasukan cawangan" atau "jeneral cabang tentera" merujuk pada sejenis pangkat yang bersamaan dengan tiga bintang Leftenan Jeneral atau jeneral empat bintang. Beberapa negara membahagi, atau beberapa kali dibahagikan, para pegawai jeneral mereka dengan kelayakan memerintah pasukan cawangan, atau hanya sebagai gelaran kehormat.
Di dalam Tentera Darat Austria-Hungary terdapat tiga pangkat jeneral pasukan cawangan dari tahun 1867 hingga 1918:
Dari segi sejarah, pangkat jeneral artileri (Jerman: Feldzeugmeister ; secara harfiah "battlefield ordnance master"; "gun master";[Note 1] dalam bahasa Hungary Táborszernagy) adalah setaraf dengan Leftenan Jeneral.[1] Dalam bahasa Perancis, ungkapan sepadan ialah grand maitre d'artillerie, digunakan sejak zaman Philip VI dari Perancis. Posisi ini dalam bahasa Inggeris ialah Master-General of the Ordnance
Negara Bulgaria Ketiga daripada penubuhannya pada tahun 1878 mempunyai pangkat tertinggi tentera iaitu "general" (bahasa Bulgaria: генерал), tetapi pada tahun 1897 pangkat ini telah dipecahkan kepada tiga gred - Jeneral Infantri (генерал от пехотата), Jeneral Kavalri (генерал от кавалерията) dan Jeneral Artileri (генерал от артилерията). Pangkat tersebut telah digantikan selepas Perang Dunia II, apabila Bulgaria jatuh kedalam lingkungan pengaruh Soviet, dengan merangkumi semua pangkat jeneral.
Jeneral penuh (4 bintang; NATO OF-9) didalam tentera Finland telah dikelasifikasikan sebagai Jeneral Infantri (jalkaväenkenraali), Jeneral Kavalri (ratsuväenkenraali), Jeneral Jaeger (jääkärikenraali) dan Jeneral Artileri (tykistönkenraali). Sekarang gelaran tersebut hanyalah bersifat kehormat, dan hanya satu jeneral 4 bintang yang aktif pada satu-satu masa dalam angkatan tentera moden Finland.
Jeneral pasukan cawangan (papan bahu dan pelapik gorjet) |
|||
Heer | Luftwaffe | Waffen-SS |
Di dalam Wehrmacht Jerman seorang "jeneral pasukan cawangan" (General der Waffengattung) telah dihubungkan dengan pasukan perkhidmatan Heer (tentera darat) dan Luftwaffe (tentera udara), bergantung dari mana pegawai itu berkhidmat dan jenis pasukan apa yang beliau (secara nominal) perintah. Ia setaraf dengan pangkat tiga bintang laksamana dalam Nazi Kriegsmarine, dan SS-Obergruppenführer und General der Waffen-SS dalam Waffen-SS. Seorang panglima (Kommandierender General atau Befehlshaber) sebuah kor Jerman biasanya menyandang pangkat ini.
Di dalam angkatan tentera Poland pangkat yang setaraf dengan Leftenan Jeneral ialah generał broni ("jeneral pasukan cawangan").[Note 2]
Peter the Great mengzahirkan pangkat Jeneral Infantri dan Jeneral Kavalri dalam Tentera Darat Imperial Rusia pada tahun 1699.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.