From Wikipedia, the free encyclopedia
Jeanne Louise Calment (Perancis: [ʒan lwiz kalmɑ̃]; 21 Februari 1875 – 4 Ogos 1997)[1] merupakan supersentenaria Perancis yang menjadi manusia dengan pengesahan jangka hayat paling lama, hidup sehingga 122 tahun, 164 hari.[2] Beliau dilahirkan dan menetap di Arles sepanjang hayat beliau. Calment menjadi terkenal ketika berusia 113 tahun, apabila lawatan Vincent van Gogh membawa wartawan ke Arles. Jangka hayat beliau telah disahkan menerusi dokumen banci dan banyak kajian telah dilakukan mengenai kesihatan dan gaya hidup beliau.
Jeanne Calment | |
---|---|
Kelahiran | Jeanne Louise Calment 21 Februari 1875 Arles, Perancis |
Meninggal dunia | 4 Ogos 1997 (aged 122 tahun, 164 hari) Arles, Perancis |
Warganegara | Perancis |
Terkenal kerana |
|
Ketinggian | 1.50 m (4 ka 11 in) |
Pasangan | Fernand Calment (k. 1896; m. 1942) |
Anak-anak | 1 |
Calment dilahirkan di Arles, Bouches-du-Rhone, Selatan Perancis pada 21 Februari 1875.[1] Bapa beliau, Nicolas Calment (28 Januari 1838 – 22 Januari 1931)[3], merupakan pembina kapal, manakala ibu beliau, Marguerite Gilles (20 Februari 1838 – 18 September 1924), dari keluarga pengilang. Beliau mempunyai seorang abang, François (25 April 1865 – 1 Disember 1962). François hidup sehingga 97 tahun, bapanya sehingga 93 tahun, dan ibunya sehingga 86 tahun.
Ketika hari lahir beliau yang ke-122 tahun pada 21 Februari 1997, telah diumumkan bahawa Calment tidak akan membuat penampilan di khalayak umum lagi memandangkan tahap kesihatan beliau yang semakin merosot. Jean-Marie Robine, penulis bersama buku mengenai Jeanne Calment, berkata "benarkan beliau untuk meninggal dunia, memandangkan perhatian telah membuat beliau kekal hidup",[4] sementara New York Times melaporkan Robine berkata Calment berada dalam keadaan sihat, walaupun mengalami masalah penglihatan dan pendengaran, sebulan sebelum kematian beliau. [1] Jeanne Calment meninggal dunia pada 4 Ogos 1997 kira-kira jam 10 pagi Central European Time[5] sebab yang tidak diketahui.[6] Menurut para penyelidik, rumah penjagaan menyerahkan mayat beliau dengan cepat dan dalam upacara penuh peribadi, yang kemudiannya dipandu oleh limousine melalui Arles, berhenti di rumahnya di rue Gambetta, dan sebelum ke tanah perkuburan, di mana doktornya meletakkan keranda beliau bersama-sama dengan gambar-gambar anak perempuan dan cucunya, mengikut kehendaknya.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.