Jay Jay
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus (lahir 6 Jun 1957) merupakan bekas vokalis dan pemain bass bagi kumpulan Carefree di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah seperti "Penyanyi Lelaki Popular" pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), "Vokal Terbaik Lelaki" pada Anugerah Industri Muzik (1998) dan "Juara Kategori Pop Rock" pada Juara Lagu (1998) menerusi lagu "Joget Angan Tak Sudah".
Fakta Segera Latar belakang, Nama lahir ...
Jay Jay | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Mohd Fauzi bin Darus |
Juga dikenali sebagai | Jay Jay |
Kelahiran | (1957-06-06) 6 Jun 1957 (umur 67)![]() |
Berasal dari | ![]() |
Genre | Pop, Pop Rock |
Pekerjaan | Penyanyi, penggubah lagu, pemain bass, penerbit album |
Instrumen | Vokal, Bass |
Tahun aktif | 1979 - sekarang |
Syarikat rakaman | WEA Records Sdn. Bhd., [[FMC Sdn. Bhd.]] |
Pengkarya berkait | Kumpulan Carefree , Dayangku Intan |
Tutup
Selain dari menyanyi, beliau juga aktif dalam menjadi sessionist (bass) sama ada untuk rakaman atau pertunjukkan pentas. Beliau juga antara pemain bass terbaik Malaysia pada awal 90'an.