![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e2/PSG-Shakhter15_%252812%2529.jpg/640px-PSG-Shakhter15_%252812%2529.jpg&w=640&q=50)
Javier Pastore
From Wikipedia, the free encyclopedia
Javier Matías Pastore (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ maˈti.as pasˈtoɾe]; lahir 20 Jun 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi pemain tengah menyerang untuk kelab Serie A, Roma dan pasukan kebangsaan Argentina.
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Javier Matías Pastore[1] | ||
Tarikh lahir | (1989-06-20) 20 Jun 1989 (umur 35) | ||
Tempat lahir | Córdoba, Argentina | ||
Ketinggian | 1.87 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Roma | ||
Nombor | 27 | ||
Kerjaya remaja | |||
2002–2007 | Talleres | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2007–2008 | Talleres | 5 | (0) |
2008–2009 | Huracán | 31 | (8) |
2009–2011 | Palermo | 69 | (14) |
2011–2018 | Paris Saint-Germain | 186 | (29) |
2018– | Roma | 14 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2010– | Argentina | 29 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mei 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2017 |
Pastore memulakan kerjayanya di kelab Talleres sebelum berpindah ke Huracán. Seterusnya, beliau berpindah ke Eropah untuk beraksi di kelab Serie A iaitu Palermo pada tahun 2009 dengan bayaran perpindahan sebanyak €4.7 juta. Pada tahun 2011, beliau menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €39.8 juta. Beliau telah merangkul beberapa kejuaraan domestik bersama kelab tersebut antaranya ialah lima gelaran Ligue 1. Pastore telah menyertai Roma pada tahun 2018 dengan bayaran perpindahan kira-kira €24.7 juta.
Di peringkat antarabangsa, Pastore telah melakukan penampilan sulung untuk skuad senior pada tahun 2010 dan beliau telah tampil dalam 20 perlawanan untuk Argentina. Beliau telah mewakili pasukan Argentina ke kejohanan Piala Dunia 2010 dan tiga edisi Copa América.