Janella Salvador
From Wikipedia, the free encyclopedia
Di dalam nama orang Filipina, nama tengah atau nama keluarga sebelah ibunya ialah Desiderio dan nama keluarga sebelah bapanya ialah Salvador.
Janella Maxine Desiderio Salvador (lahir 30 Mac 1998) ialah seorang pelakon, penyanyi, dan model wanita Filipina.[1] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Nikki Grace Lim dalam telenovela ABS-CBN, Be Careful With My Heart dan mendapat pujian meluas dan terkenal dengan peranannya sebagai Sophie Z. Cepeda dalam Oh My G!. Beliau membuat kemunculan sulung beliau dalam filem Haunted Mansion (2015). Beliau telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema ulang tahun ke-10 Hong Kong Disneyland, mendapat gelaran Puteri Disney. Beliau telah digelar sebagai OPM Pop Sweetheart.
Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...
Janella Salvador | |
---|---|
Kelahiran | Janella Maxine Desiderio Salvador (1998-03-30) 30 Mac 1998 (umur 26) |
Pusat pendidikan | Kolej St. Paul, Pasig |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, model |
Tahun aktif | 2012–kini |
Ejen | Star Magic |
Ibu bapa | Jenine Desiderio (ibu) Juan Miguel Salvador (bapa) |
Hubungan | Maja Salvador (sepupu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, Soul, Dance, P-pop |
Instrumen | Vokal, gitar, piano, ukulele |
Syarikat rakaman | Star Music (2012–kini) |
Pengkarya berkait | ASAP It Girls, Marlo Mortel, Elmo Magalona, Jerome Ponce, Manolo Pedrosa |
Tutup