Jamie Dornan
From Wikipedia, the free encyclopedia
James Dornan (lahir 1 Mei 1982)[2][3] merupakan seorang pelakon, peragawan dan pemuzik dari Ireland Utara. Beliau melakonkan watak sebagai Sheriff Graham Humbert menerusi siri ABC, Once Upon a Time (2011–2013), dan sebagai pembunuh bersiri, Paul Spector dalam siri drama jenayah BBC Two dan RTÉ One, The Fall (2013–2016), yang kemudiaannya tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Televisyen Akademi British.[4] Menerusi filem, beliau melakonkan dalam Marie Antoinette (2006), siri filem Fifty Shades (2015–2018), dan Anthropoid (2016).