![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b7/Bolivia_Yunga_Road.jpg/640px-Bolivia_Yunga_Road.jpg&w=640&q=50)
Jalan Yungas
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jalan Yungas Utara (juga dikenali sebagai Jalan Dusun, Jalan Coroico, Camino de las Yungascode: es is deprecated , El Camino de la Muertecode: es is deprecated , Road of Deathcode: en is deprecated , atau Jalan Maut) ialah sebatang jalan raya sepanjang 61-kilometer (38 bt) atau 69-kilometer (43 bt)[1] dari La Paz ke Coroico, 56 kilometer (35 bt) timur laut La Paz di kawasan Yungas di Bolivia. Ia terkenal kerana sangat berbahaya, dan pada tahun 1995 Bank Pembangunan Antara Amerika telah menobatkan jalan tersebut sebagai "jalan raya paling berbahaya di dunia".[2][3][4] Dianggarkan antara 200 hingga 300 pengguna terbunuh setiap tahun di sepanjang jalan itu sahaja.[4] Terdapat banyak tanda salib di sepanjang jalan tersebut yang menandakan tempat di mana kenderaan terjunam ke dalam gaung.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b7/Bolivia_Yunga_Road.jpg/640px-Bolivia_Yunga_Road.jpg)
Jalan Yungan Selatan (Jalan Chulumani) pula menghubungkan La Paz ke Chulumani, 64 kilometer (40 bt) timur La Paz, serta dianggap sama berbahaya seperti jajaran utara.
Gambar-gambar Terowong Guoliang di China sering disalah anggap sebagai sebahagian jajaran Jalan Yungas.[5]