From Wikipedia, the free encyclopedia
Jack Abramoff (lahir 28 Februari 1959) adalah mantan pelobi dan usahawan Amerika Syarikat. Dia sekarang dipenjara di Kem Penjara Satelit di Cumberland, Maryland. Beliau dijadualkan akan dibebaskan pada 4 Disember 2010.[1]
Jack A. Abramoff | |
---|---|
Status | Dalam penjara |
Pekerjaan | Ahli perniagaan dan pelobi |
Pasangan | Pam Alexander |
Sabitan | Penipuan, pengkomplotan, pengelakan cukai |
Hukuman jenayah | Pemenjaraan 5 tahun dan 10 bulan |
Abramoff mengaku bersalah pada 3 Januari 2006, atas tiga jenayah di Washington DC oleh mahkamah persekutuan kerana menipu puak Red Indian Amerika dan merasuah pegawai awam. Ia melibatkan Michigan's Saginaw Chippewas, California Agua Caliente, Choctaws Mississippi, dan Louisiana Coushattas.
Abramoff dituduh menipu Red Indian melibatkan jutaan dolar untuk membina pusat judi kasino di tanah Red Indian tersebut di Miami. Urusan itu membabitkan SunCruz casinos. Pada 4 September 2008, mahkamah di Washington mendapati beliau bersalah kerana membeli hadiah-hadiah mahal, makan dan sukan perjalanan serta ganjaran bantuan politik . Beliau dihukum empat tahun penjara .
Rasuah itu menghakis keyakinan masyarakat kepada para pegawai di Rumah Putih .Antaranya ialah J. Steven Griles dan David Safavian, Bob Ney, dan sembilan pelobi lain dalam Kongres.
Abramoff bertindak sebagai pelobi Preston Gates & Ellis dan syarikat Greenberg traurig. Pengarah National Center for Public Policy Research, sebuah kumpulsan pemikir . Dia merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republik College (1981-1985). Dia jugapengasas Yayasan Freedom Antarabangsa.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.